Expired : 18.06.18

PH hadapi krisis akibat dominasi DAP


BANGI, 27 Jamadilawal 1440H, Sabtu – Kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands membuktikan gabungan itu sedang menghadapi krisis amat besar, yang mana rakyat sudah hilang keyakinan terhadap mereka sebagai kerajaan.


Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, krisis yang berlaku sebenarnya akibat dominasi DAP dalam Pakatan Harapan.


Beliau berkata, rakyat melihat DAP seperti tangan ghaib di belakang tabir yang mencatur pentadbiran negara walaupun bukan veteran DAP, Lim Kit Siang yang menjadi perdana menteri.


“Rakyat mula mempersoal kewibawaan PH sebagai kerajaan. Ada beberapa contoh jelas yang menggusarkan rakyat seperti pelantikan Ahli Lembaga Pengarah Yadim, isu ICERD, kes membabitkan kematian Almarhum Muhammad Adib dan lain-lain lagi membabitkan isu agama dan pengurusan sosial.


“Selain itu, isu Tabung Haji, janji manifesto untuk menangani masalah ekonomi, rakyat dan negara tidak ditunaikan, tiada pelan penambahbaikan ekonomi negara.


“Amalan federalisme yang tidak adil seperti berdolak-dalik berkaitan agihan royalti terhadap Kelantan dan Terengganu adalah di antara isu ekonomi dan federalisme yang menghakis keyakinan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.


Dalam pada itu, beliau berkata, kepercayaan rakyat juga mula terhakis terhadap integriti PH sebagai kerajaan dan institusi badan kehakiman negara.


“Kes rasuah terhadap Lim Guan Eng tiba-tiba digugurkan, isu pelantikan Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara serta isu menari Menteri Kehakiman, Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara yang jelas mengecewakan rakyat.


“Mampukah kerajaan PH bertahan akibat krisis keyakinan rakyat ini atau nasib PH seperti telur di hujung tanduk?” soalnya.


The post PH hadapi krisis akibat dominasi DAP appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop