Expired : 18.06.18

PH tak minat tubuh kerajaan baru, Tun M jawab Tok Mat

PM

KUALA LUMPUR, 9 Safar 1441H, Selasa – Tun Dr Mahathir Mohamad menolak cadangan Datuk Seri Mohamad Hasan supaya menubuhkan kerajaan baharu, sekiranya perdana menteri benar-benar ikhlas mahu memperkasa kedudukan Melayu dan Islam.


Perdana menteri ketujuh itu berkata, Pakatan Harapan (PH) tidak berminat bekerjasama dengan pembangkang dalam menubuhkan kerajaan baharu.


“Kita tidak berminat untuk buat itu (penubuhan kerajaan baharu). Kita sedar negara kita adalah negara berbilang kaum. Setiap kerajaan sejak merdeka sehingga sekarang mempunyai ahli-ahli Kabinet terdiri daripada semua kaum,” katanya di lobi Parlimen, lapor Bernama.


Mohamad, yang juga Timbalan Presiden UMNO mempelawa Dr Mahathir untuk menubuhkan sebuah kerajaan baharu dengan kerjasama Barisan Nasional, PAS, serta parti dari Sabah dan Sarawak demi kedudukan Melayu dan Islam.


Jika benar Dr Mahathir jujur dan ikhlas mahu kedudukan Melayu dan Islam dipulihkan dan diperkasakan, Perdana Menteri boleh menubuhkan kerajaan baharu.


“Namun UMNO dan PAS harus diberi peranan yang signifikan dalam memulihkan negara ini. Kita tidak mahu menjadi sekadar penumpang sahaja, sehingga menjejaskan kepentingan Islam dan masyarakat Melayu serta peribumi lain.


“Buat masa ini pisau dan mentimun di tangan Tun Mahathir. Tetapi bila tiba pilihan raya akan datang, pisau ini sudah di tangan rakyat. Terserahlah kepada Tun Mahathir untuk membuat keputusan, kerana buat masa ini majoriti orang Melayu dan Islam sudah membuat keputusan menolak PH,” kata Tok Mat.


Esok tubuh kerajaan baru kalau betul PM jujur nak perkasa Islam



The post PH tak minat tubuh kerajaan baru, Tun M jawab Tok Mat appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop