Expired : 18.06.18

PH Takut Tumbang, Sebab Itu Tuduh Islam Agama Ganas – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 13 Mac – Ketua Pembangkang Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata, Pakatan Harapan (PH) sebenarnya takut dengan kerjasama UMNO dan PAS kerana sekiranya kerjasama ini berjaya maka tidak mustahil kerajaan baru ini bakal tumbang.


Jelas beliau, kerana itulah mereka cuba menggambarkan kononnya agama Islam ini ganas ibarat Taliban.


“Sebab mereka tidak gembira bila UMNO bekerjasama dengan Pas maka timbullah kononnya kerjasama ini pengistiharan perang kepada bukan Islam. Teluk Intan (Nga Kor Meng) menuduh Islam kerajaan Taliban. Mereka sebenarnya bimbang sekiranya kerjasama ini diteruskan maka ia mungkin mampu menumbangkan kerajaan PH.


“Saya sendiri telah menegaskan bahawa Islam ini agama kedamaian, ia menjaga kepentingan semua malah kenyataan kami jelas kesepakatan ummah ini juga tidak meminggirkan kaum dan agama lain dalam negara ini. PAS sudah ada bukti memerintah di Kelantan, PAS juga pernah perintah Terengganu, pernah perintah Kedah… tidak dengar pun rungutan daripada bukan Islam yang rasa dipinggir atau tertekan di negeri-negeri ini… jadi tidak timbul isu tentang bukan Islam akan dipinggirkan,” ujar beliau kepada media di lobi Parlimen hari ini.



Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN) Khalid Samad yang menyifatkan ungkapan-ungkapan UMNO dan PAS mengakibatkan bukan Melayu rasa terancam dengan parti itu.


Terdahulu dalam ucapan menyokong usul titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, beliau turut membidas Ahli Parlimen Bagan (Lim Guan Eng) apabila menyebut bahawa kerjasama di antara UMNO dan PAS sebagai satu ‘pengisytiharan perang’ ke atas masyarakat bukan melayu, di samping Teluk Intan yang memanaskan lagi suasana dengan menyatakan “Gabungan UMNO dan PAS memerintah Malaysia, kehidupan rakyat akan menjadi seperti Afghanistan dibawah pemerintahan Taliban”


“Secara jelas kenyataan yang dibuat itu merupakan provokasi melampau dengan niat untuk mewujudkan sentimen kebencian terhadap kaum dan agama tertentu yang mungkin boleh mencetuskan rusuhan kaum seperti mana yang berlaku pada 13 Mei 1969.


“Untuk pengetahuan YB Bagan dan YB Teluk Intan bahawa agama Islam adalah agama kedamaian.” – MediaUMNO


Norlida Ishak Shop