Expired : 18.06.18

Piagam UMNO-PAS, Demi Kepentingan Melayu Islam Dan Kaum Lain

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Pemangku Ketua Bahagian UMNO Tawau, Ghazalie Ansing percaya Piagam UMNO-PAS yang bakal dimetrai pada 14 September nanti akan menjadi platform utama bagi menjaga kepentingan Melayu/Islam dan juga kaum-kaum lain di Malaysia.


Katanya, pemeteraian piagam ini tentunya akan selari dengan perlembagaan negara yang melindungi kedaulatan Raja-raja Melayu dan membela Melayu serta golongan bumiputera lantaran hari ini semakin terhakis semenjak Pakatan Harapan (PH) memerintah.


“Piagam tersebut merupakan suatu bentuk pemeteraian kerjasama yang rasmi dijalinkan oleh UMNO dan PAS. Pemeteraian tersebut penting bagi melindungi kepentingan nasional Melayu dan Bumiputera.


“Oleh itu, piagam UMNO dan PAS dibentuk bagi memperkukuhkan garis perjuangan yang jelas bagi diangkat oleh UMNO dan PAS. Ini sebagai titik persamaan perjuangan yang membentuk penyatuan ummah,” katanya kepada UMNO Online.


Justeru, persepakatan yang dibentuk ini adalah memperkukuh persetujuan dengan terma-terma, hala tuju dan teras perjuangan yang jelas.


“Penyatuan UMNO dan PAS ini dapat mewujudkan satu suara yang besar dan dapat melindungi negara ini menjadi kucar-kacir.”


Secara asasnya, piagam UMNO dan PAS melangkau batas politik di mana kerjasama yang dibentuk adalah berlandaskan pembelaan agama, bangsa dan negara, tambahnya.


“Fakta yang perlu diketahui oleh rakyat adalah kerajaan PH gagal melindungi kaum bumiputera dan agama Islam. Ini membuktikan kerajaan PH gagal dalam menjaga kebajikan rakyat,” katanya lagi – UMNO ONLINE


Norlida Ishak Shop