Expired : 18.06.18

Pihak beri maklumat Jho Low mungkin diberi ganjaran


BANGI, 29 Jamadilawal 1440H, Isnin – Mana-mana pihak yang menyalurkan maklumat sehingga ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low tertangkap, berkemungkinan bakal mendapat ganjaran


Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, perkara itu bergantung kepada keadaan sehingga terdapat keperluan daripada pihaknya.


“Jika bagi habuan sekali pun, kita perlu bersedia dengan wang tunai dan ganjaran serta sebagainya (perkara lain yang berkaitan).


“Kalau ada keperluan, kita akan pertimbangkan,” katanya seperti dilapor Berita Harian.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis serah tugas Ketua Polis Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, petang tadi.


Pada masa sama, Mohamad Fuzi berkata, pihaknya amat mengalu-alukan kesediaan mana-mana pihak untuk memberikan ganjaran penangkapan berkenaan.


“Saya percaya usaha mengesan Jho Low bukan hanya dilakukan oleh polis semata-mata, apabila ada sesuatu insentif, orang akan tampil (memberi maklumat) bagi mempercepatkan penahanannya,” katanya.


Baru-baru ini, Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng menggesa UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menawarkan ganjaran kewangan bagi usaha mencari Jho Low.


Lip Eng berkata, BN harus menawarkan bantuan untuk mencari dalang di sebalik skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sejak Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkeras bahawa dia tidak bersalah.


The post Pihak beri maklumat Jho Low mungkin diberi ganjaran appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop