Expired : 18.06.18

Pihak Bomba Ceritakan Apa Sebenar Terjadi Ketika Sebelum Kejadian Anggota Bomba Muhamammad Adib Ditarik Keluar

SUBANG JAYA – Ketua Pengarah Jabatan Bomba Malaysia, Datuk Mohamad Hamdan Wahid menyatakan anggotanya, Muhammad Adib Mohd Kassim ditarik kumpulan di kawasan itu ketika pasukannya berundur dari lokasi.


Katanya, dua jentera bomba termasuk van Bantuan Perkhidmatan (EMRS) yang dinaiki Muhammad Adib telah diganggu dengan balingan batu dan objek.


Jelasnya, dalam situasi itu untuk berundur, beliau telah ditarik keluar dari tempat duduk penumpang van EMRS oleh kumpulan itu sehingga tidak sedarkan diri.


Berikut merupakan kronologi kejadian berdasarkan kenyataan Mohamad Hamdan:



“Kejadian yang berlaku ke atas pegawai bomba, Muhammad Adib . Mereka ini adalah kumpulan EMRS dan responder untuk pemadaman daripada Balai Bomba Subang Jaya.


Sebenarnya panggilan diterima pada jam 1 pagi. Respond adalah dua jentera unit Fire Rescure Tender FRT yang terdiri daripada tujuh krew di mana satu komander dan lima krew di jentera yang depan dan juga di jentera EMRS di belakangnya terdiri daripada dua krew iaitu pemandu dan responder di sebelahnya.


Untuk sampai di lokasi biasanya mereka akan guna jalan besar tetapi oleh kerana mereka dah buat satu kajian kawasan dan dapati bahawa untuk pegi sampai ke lokasi, jalan singkat adalah menggunakan jalan dalam.


Panggilan ini adalah melalui MERS. Bila sampai di lokasi dah hampir kepada simpang.


Biasanya kita akan tempatkan jentera kereta berdekatan dengan sumber. Jadi ada jaraknya untuk melaksanakan tugasan. Bila mereka berhenti untuk keluar, krew di sebelah kiri dan kanan jentera FRT yang berada di hadapan keluar dari jentera dan mendapati orang perseorangan atau kumpulan tiba-tiba ramai menghampiri mereka.


Atas arahan komander supaya berundur dan masuk balik ke dalam jentera. Ketika itu mereka telah menerima lontaran batu, kayu daripada kumpulan ini.


Bila jentera hadapan berundur, jentera di belakang turut sama undur tetapi sedikit ke tepi. Ketika itulah mereka tidak lagi boleh mengelak.


Umum tahu jentera EMRS ini hanya sebuah van bagi tujuan menyelamat. Ketika ini van EMRS mula untuk pergi keluar dari lokasi dan keadaan begitu kelam kabut.


Dalam keadaan itu, kumpulan itu dapat menarik Muhammad Adib. Pemandu EMRS dalam keadaan terkejut memecut keluar dari lokasi kejadian bersama FRT ke Balai Bomba Subang Jaya tanpa menyedari Muhammad Adib tiada bersama mereka.


Bukan mereka tinggalkan Muhammad Adib. Pasukan petugas ini ketika berada di Balai Bomba Subang Jaya membuat panggilan kepada beliau tetapi telefonnya dijawab oleh orang awam yang menyatakan mereka dalam perjalanan ke hospital terdekat.


Sumber : SINAR HARIAN


Video Keterangan Pihak Bomba



Sumber Youtube : Malaysia Gazzete


Norlida Ishak Shop