Expired : 18.06.18

PIHAK PENGURUSAN TARIK BANTUAN DEWAN, ABANG ACAP AKHIRNYA BERI KENYATAAN, DEDAH KESAL DENGAN PERBUATAN SEGELINTIR PENGAMAL PERUBATAN.

Desas-desus kehilangan Mohamad Asyraf menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia. Setelah lebih dua minggu, kelibat Acap masih belum ditemukan.
Selain usaha pencarian dari pihak Bomba dan penyelamat, pakar-pakar agama dan perubatan alternatif juga turut turun padang bagi membantu dalam misi pencariannya.
Walau bagaimanapun, sepanjang misi dijalankan, pelbagai kaedah telah digunakan pakai termasuk segelintir pihak yang mengambil kesempatan dengan menggunakan ritual pelik dan pemujaan.
Abang, Denny Lang melalui Facebook miliknya berkongsi rasa kesal terhadap sesetengah individu yang tidak sensitif dan menjadikan pencarian itu sebagai satu ‘acara’.
Disebabkan Ada Segelintir Pengamal Perubatan Yg Menggunakan Ritual Pelik Berupa Penyembahan Dan Pemujaan Maka Pihak Pengurusan Telah Menghentikan Bantuan Dewan Kepada Kami.
Tindakkan Pengamal Perubatan YgTidak Bertanggungjawab Begini Telah Memberi Kesan Buruk Kepada Unit Sukarelawan SAR Yg Datang Dari Segenap Pelusuk Tanah Air Termasuk Sabah & Serawak Utk Sama2 Serta Dlm Misi Pencarian.


Kemudahan Tersebut Satu Satunya Tempat Bagi Mereka Berkongsi Maklumat, Solat Dan Sedikit Istrirehat Setelah Penat Meredah Hutan Sungai Dan Paya.

Kami Bagi Pihak Keluarga, Sukarelawan Beserta Seluruh Warga Gopeng Berasa Kesal Dgn Tindakkan Segelintir Pengamal Perubatan Yg Tidak Bertanggungjawab Ini. Sumber: Denny Lang
Abang Acap Dijemput oleh ustaz kazim
Terima Kasih Sudi Jemput Saya Ke Sini Inn Sya Allah. Doakan Kami. Yg Berbahgia Dato Kazim Elias

Ini Kenyataan Dari Ustaz kazim
Tadi sempat berbual2 dgn abg kpd Acap @ Asyraf yg masih belum ditemui.. insyaAllah sama2 kita doakan agar beliau selamat dan kembali ke pangkuan keluarga. Buat keluarga Asyraf, hanya kpd Allah kita berserah.. semoga tabah dan sabar.

Update dari tok anjang Hari 17.
Hari ini mak Anjang ke KL ada urusan. Tok kena masuk pejabat dah. Walau aktivis masyarakat sepenuh masa, kita pun ada routine yang perlu kita laksanakan. Bukan ada gaji tapi Alhamdulillah cukup.

Ramai yg minta Tok Komen berkaitan video dalam gua Kandu tu. Respon Tok : Tok x tau grup mana tu. Dan Tok xbrani nk komen apa yang berlaku tu sebab Tok x berada disitu. So kena tanya pada tuan badan lah iaitu Grup itu sendiri. Jangan terus terus hukum.
Nak share cerita Kat Batu Puteh. Mlm tadi Tok jemput Sdr Jalil@Bah Kalok ayah kepada Adam yang pernah hilang 13 tahun dahulu di kampung Pintu Padang tu. Tapi x cerita kali ini. Hari ni nk cerita pasal pencarian Cik Mat di Batu Puteh.
Pada awal2 kehilangan ACAB di Batu Puteh Cik Mat dapat panggilan telepon dari org yg tidak dikenali mengatakan dia tahu dimana ACAB berada tetapi beliau x dapat datang dan melalui firasatnya Cik Mat sesuai menjejak dan perlu naik kepuncak Batu Puteh mencari mengikut arahan melalui telepon.
Maka Cik Mat yang ansom, gagah dan semangat waja pun menyahut cabaran terus siap dgn jam suunto sponsor dan kasut outdoor mahalnya berlari ke puncak bukit. Acab perlu ditemui walau apa pun. Setiba dipuncak selepas melepaskan lelah menalipon pemanggil tadi. Entah sapa ke nama pemanggil tu macam nama panglima…
Lupa dah. Maka sipemanggil memberi arahan kpd Cik Mat mencari batu bentuk tertentu, langkah kiri, kedepan, kmdian ke kanan.setelah semua arahan diikuti, Cik Mat bagitau. “maaf cik, tiada tanda tanda langsung Ashraf tu disini.” dijawab, “cuba langkah kekanan dalam 3 langkah”. Cik Mat terdiam. Apabila seakan perasan Cik Mat tiba tiba diam.
Pemanggil tu bertanya. “kenapa Cik Mat.”, dengan keberatan Cik Mat Jawab, “lagi 3 langkah ke kanan tu gaung, kalau jatuh confirm saya mati”. Maka x jadi kekanan. Cik Mat di minta pula ke satu batu tinggi dan pejam mata. Tafakur bagi mendapatkan petunjuk. Kmdian buka mata. “ada nampak apa apa”.
Jawab Cik Mat tiada apa2. Proses berjalan beberapa kali dengan jawapan yang sama. Ketika itu seakan marah pemanggil bagitau…. “Ok cik Mat jangan bergerak dan pejam mata. Saya akan hantar Halilintar kepada Cik Mat”.
Mata Cik Mat tiba tiba terbeliak buka. Dalam hati cik Mat. HALILINTAR!! Kalau dia silap hantar HALILINTAR ni dan kena aku. Mau hangus badan aku……baik aku belah sebelum terbakor. Dan Cik Mat dalam panas terik, baju basah dek peluh, turun bukit merungut rungut.
Motif of the story. Bagi yang ada ilmu dan mau membantu sila datang terus ke site. Baru jelas dan tepat.
Sumber: NK

Norlida Ishak Shop