Expired : 18.06.18

Piramid 4,600 tahun dibuka


MESIR, 11 Zulkaedah 1440H, Ahad – Mesir mula membuka piramid Firaun Sneferu berusia 4,600 tahun di wilayah nekropolis di Dahshur kira-kira 40 kilometer di selatan Kaherah, kepada awam, semalam


Struktur setinggi 101 meter itu adalah satu daripada dua piramid yang dibina untuk Firaun Sneferu – firaun yang mengasaskan dinasti ke empat dan 1,600 tahun lebih awal daripada Firaun Tutankhamun yang terkenal.


Pelancong kini dibenarkan memasuki struktur purba itu selepas arkeologi menjumpai makam tersembunyi mengandungi mumia, topeng dan peralatan lain.


Penampilan piramid itu luar biasa, dengan 49 meter pertama mempunyai sebahagian besar susunan batu kapur halus, dibina lebih curam iaitu 54 darjah, sebelum meruncing di bahagian atas.


Dinding purba itu membentang kira-kira 60 meter dan terletak di selatan piramid Firaun Amenemhat II – raja dinasti ke-12 Mesir kuno.


Orang ramai kini boleh memanjat terowong sempit setinggi 79 meter dari pintu masuk di sebelah utara piramid untuk tiba di dua ruang di dalam struktur purba itu.


Piramid Mesir
Pelancong terpaksa melalui terowong sempit setinggi 79 meter untuk tiba di dua ruang di dalam struktur purba itu. – Gambar Reuters

Pelancong juga boleh memasuki piramid itu menerusi satu lagi pintu setinggi 18 meter, yang kemungkinan disediakan untuk isteri Firaun Sneferu, Hetepheres – dibuka kali pertama sejak penggalian pada 1956.


Sempena pembukaannya kepada awam, arkeologis mempamerkan mumia, topeng, keranda dan peralatan lain yang ditemui ketika kerja-kerja penggalian berhampiran piramid itu tahun lalu.


Ketua Pengarah Majlis Antikuiti Mesir, Mostafa Waziri berkata, pihaknya mengeluarkan semua artifak yang dijumpai di kawasan yang kaya dengan makam tersembunyi.


Struktur berkenaan dikatakan langkah utama dalam evolusi pembinaan piramid. Bentuk sudutnya berbeza dengan sisi lurus Piramid Merah Sneferu di bahagian utara – struktur purba pertama Mesir yang berbentu piramid sepenuhnya, dan langkah ke arah pembinaan ‘Great Pyramid of Giza’.


Arkitek mengubah sudutnya apabila berlaku keretakan pada struktur itu, kata Waziri.


Pengarah tapak penggalian Dahshur berkata:


“Firaun Sneferu hidup lama… arkitek mahu mencapai bentuk yang lengkap piramid. Kedudukan tepat di mana dia dikebumikan… kami tidak pasti. Mungkin di dalam piramid ini… siapa tahu.” – Agensi


The post Piramid 4,600 tahun dibuka appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop