Expired : 18.06.18

Pixel 3a Mempunyai Bicu Audio Kerana Pengguna Peranti Kelas Ini Inginkan Fleksibiliti

Peranti Google Pixel yang pertama dilancarkan pada tahun 2016 dan Google bangga masih mengekalkan port bicu audio 3.5mm pada peranti mereka. Malah mereka turut mengejek Apple yang telah membuang sokongan bicu audio sejak iPhone 7 lagi. Kemudian, Pixel 2 dan Pixel 3 Google telah membuang port bicu audio dan secara tidak langsung mendatangkan kemarahan peminat.



Tetapi pada Pixel 3a yang dilancarkan minggu lepas mempunyai bicu audio. Kenapa Google secara tiba-tiba mengembalikan port yang digemari ramai ini? Sewaktu Google I/O 2019 sesi menemubual bersama Pengurus Produk, Soniya Jobanputra – beliau telah menjelaskan mengenai sebab port bicu audio kembali pada Pixel 3a ini. Salah satu sebabnya adalah, ramai pengguna sudah pun mempunyai set fon telinga berwayar – jadi untuk kurangkan masalah e-sisa port bicu audio ini dikembalikan.



Bukan itu sahaja, menurut beliau pengguna yang membeli peranti kelas ini (harga mampu milik) sangat menginginkan fleksibiliti. Ini tidak bermakna pengguna tidak lagi boleh menikmati pendengaran audio digital. Sokongan melalui USB-C dan set fon telinga nirwayar masih diteruskan.


Walau bagaimanapun, jangan harap Pixel 4 kelak akan mempunyai port bicu audio 3.5mm. Jelas sekali, menurut Soniya – hanya peranti kelas pertengahan sahaja yang mempunyai sokongan ini.


Norlida Ishak Shop