Expired : 18.06.18

PJ Perlis Mula Buka Mata, Gerakkan Tangan

Kenyataan Media PAS Perlis

PJ Perlis Mula Buka Mata, Gerakkan Tangan


Kemaskini jam 8.40 pagi


1. Terdapat perkembangan positif pada tahap keadaan kesihatan Pesuruhjaya PAS Perlis, YB Mohd. Shukri Ramli.


2. Sejak semalam, beliau telah mampu membuka mata serta menggerakkan tangannya manakala tekanan darahnya semakin stabil.


3. Selain itu, pihak hospital juga telah mengurangkan ubat bagi membantu jantung mengepam darah yang diberikan kepada beliau kepada satu jenis sahaja.


4. Berdasarkan kepada keadaan semasa beliau, PAS Perlis berharap agar semua pihak dapat terus mengadakan solat hajat serta mendoakan kesihatan beliau.


DR. SAIFIZI SAIDON

Ketua Penerangan PAS Perlis

6 Oktober 2019 | 7 Safar 1441H


The post PJ Perlis Mula Buka Mata, Gerakkan Tangan appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).


Norlida Ishak Shop