Expired : 18.06.18

PKP: Perlukan khidmat nasihat, hubungi Bilik Gerakan MyCareCoV19

BANGI, 20 Syaaban 1441H, Selasa – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menubuhkan Bilik Gerakan MyCareCoV19, iaitu sebahagian daripada inisiatif yang dilaksanakan sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata, Bilik Gerakan MyCareCoV19 mula beroperasi sepenuhnya semalam, di Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), Jakim, Kompleks Islam di Putrajaya.


Beliau berkata, inisiatif itu6 adalah kerjasama oleh lima kementerian iaitu Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP).


“Modus operandi Bilik Gerakan MyCareCoV19 ini ialah sedaya upaya untuk memeluk emosi golongan yang terjejas akibat PKP tanpa mengira kaum dan agama melalui perkongsian rasa, khidmat nasihat dan bimbingan yang diberikan kepada mereka.


“Selain itu langkah proaktif yang dilakukan oleh MyCareCoV19 ini ialah dengan menghubungi kumpulan sasar yang dicadangkan oleh KPWKM, KPKT, KBS dan KWP,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Hakimah berkata, seramai lapan orang petugas dan 20 kaunselor akan terbabit secara harian dalam memberi khidmat kepada kumpulan sasar.


“Hari pertama Bilik Gerakan ini beroperasi semalam, sebanyak 43 panggilan dan 12 emel yang diterima daripada klien dan 5 panggilan susulan kes.


“Bilik Gerakan MyCareCov19 boleh dihubungi melalui talian 03-8870519/7527/7528 atau boleh juga menulis melalui emel kepada mycarecov19@islam.gov.my.


“Petugas juga akan menghubungi kumpulan sasar melalui talian 03-88707000,” katanya.


The post PKP: Perlukan khidmat nasihat, hubungi Bilik Gerakan MyCareCoV19 appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.