Expired : 18.06.18

Play-off ACL 2019: Hafizul Hero Perak Lagi

Play-off ACL 2019: Hafizul Hero Perak Lagi

Nama Hafizul Hakim sekali lagi menjadi sebutan para penyokong The Bos Gaurus apabila dia menjadi hero dengan menyelamatkan 2 sepakan penalti pasukan Kitchee FC pada aksi play-off Liga Juara-Juara Asia 2019 yang berlangsung di Stadium Perak, Ipoh dengan keputusan 6-5 selepas terikat 1-1 sepanjang 120 minit permainan berlangsung.



 



Kejayaan menyelamatkan 2 sepakan penalti itu memastikan Perak selangkah lagi menuju ke aksi peringkat kumpulan tetapi perlu menghadapi satu lagi halangan sebelum impian itu terlaksana. Menanti mereka pada aksi terakhir kelayakan nanti adalah skuad daripada Liga Korea, Hyundai FC pada Selasa hadapan, 19 Febuari di Seoul.



 



Pada aksi bertemu Kitchee di Ipoh itu menyaksikan tuan rumah terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi pemain importnya, Wander Luiz yang mudah menolak masuk hasil tandukan Gilmar pada minit ke-14. Tuah seakan milik Perak apabila pelawat terpaksa bermain dengan hanya 10 pemain selepas pemainnya,Matthew Smith dibuang padang pada awal separuh masa kedua setelah mengutip 2 kad kuning.



 



Namun tuan rumah gagal mengambil kesempatan tersebut sebaliknya pelawat berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-86 apabila Li Ngai Hoi memanfaatkan situasi dalam kotak penalti Perak sekaligus mengheret kedua-dua pasukan bermain untuk 30 minit masa tambahan.



 



Akhirnya pemenang terpaksa ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti dan Hafizul mengulangi aksi cemerlang seperti mana penentuan sepakan penalti unifi Piala Malaysia 2018 dengan menafikan 2 sepakan lawan sekaligus memastikan Perak keluar sebagai pemenang.


Norlida Ishak Shop