Expired : 18.06.18

PM Iraq umum pelan pembaharuan selepas protes

BAGHDAD, 10 Safar 1441H, Rabu – Kerajaan Iraq mengeluarkan pelan pembaharuan yang mengetengahkan subsidi dan perumahan untuk golongan miskin, termasuk inisiatif latihan serta pendidikan untuk golongan muda yang menganggur.


Pelan pembaharuan itu diumumkan Perdana Menteri Iraq, Adel Abdul Mahdi melalui media sosial, selepas mesyuarat Kabinet semalam.


Bagaimanapun, kebanyakan penduduk Iraq telah disekat daripada akses internet dan media sosial selama beberapa hari.


Sementara itu, Iraq dilaporkan mengadakan sesi Parlimen pertama selepas protes besar-besaran yang meragut ratusan nyawa, semalam.


Lebih 200 anggota Parlimen tiba untuk sesi tergempar yang diketuai Speaker Mohamed al-Halbousi berikutan gagal mengadakan mesyuarat itu pada hari Sabtu.


Abdul Mahdi turut mengadakan pertemuan dengan al-Halbousi, Kabinet  dan hakim susulan demonstrasi. Pejabatnya turut menegaskan bahawa keadaan di negara itu telah kembali normal setelah seminggu insiden protes berdarah.


Pelan pembaharuan Abdul Mahdi itu termasuk memberikan tanah kepada keluarga berpendapatan rendah, membina 100,000 rumah baharu di kawasan miskin, geran bulanan kepada penganggur dan penduduk kelainan upaya, gerai kecil untuk memberikan peluang pekerjaan dan kursus latihan baharu bagi graduan. – Agensi


The post PM Iraq umum pelan pembaharuan selepas protes appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop