Expired : 18.06.18

Pocophone F1 Menambah Sokongan Rakaman Video 960fps Pada Versi Beta MIUI 10

Pocophone F1 boleh dikatakan salah satu telefon pintar yang menerima perhatian ramai pengguna pada tahun ini kerana penawaran spesifikasi tinggi dan hadir pada harga rendah. Selain daripada itu, Poco juga dilihat komited dalam menawarkan kemaskini semasa untuk telefon pintar berkenaan.



Terkini, pihak Poco dilihat sedang menguji versi pembangunan terbaru untuk MIUI 10, dimana melaluinya kini ia menyertakan sokongan rakaman video pada kadar 960fps. Dengan langkah ini, ia sekaligus membolehkan pengguna menghasilkan rakaman video gerak-perlahan yang cantik – lebih kurang seperti yang terdapat pada Mi Mix 3.


Buat masa ini, ia sekadar diuji pada peringkat MIUI 10 Beta untuk Poco. Ia tidak diketahui lagi bilakah versi stabil dengan ciri rakaman 960fps ini akan diperkenalkan kepada semua pengguna.



POCO fans! We are not done for the day. Now shoot videos at 960fps and take amazing pics using the super low-light mode.


These features are only available in the latest beta version of MIUI 10 for POCO, so handle it with a little care. 
</div>
<script async src=
Norlida Ishak Shop