Expired : 18.06.18

Polis tanya mana topeng muka? KPN kata tidak wajib

Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata orang ramai sekadar digalakkan memakai topeng muka bagi melindungi anggota keselamatan. — Foto oleh Firdaus Latif
Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata orang ramai sekadar digalakkan memakai topeng muka bagi melindungi anggota keselamatan. — Foto oleh Firdaus Latif

KUALA LUMPUR, 24 Mac  — Ketua polis negara mengesahkan pemakaian topeng muka di kawasan awam tidak diwajibkan.

Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata orang ramai sekadar digalakkan memakai topeng muka bagi melindungi anggota keselamatan.


“Tidak diwajibkan. Hanya nasihat. Ia juga untuk keselamatan anggota saya ketika melakukan tugasan luar,” katanya kepada Malay Mail.


Penjelasan Hamid menjawab keluhan orang ramai yang diminta memakai topeng muka oleh anggota keselamatan bertugas.


Menteri pertahanan semalam berkata tiada keperluan orang ramai memakai topeng muka dan mana-mana pasar raya yang menguatkuasakannya bukan arahan dari kerajaan.