Expired : 18.06.18

Polis terima aduan video ‘ugut’ simbah Mujahid dengan asid


KUALA LUMPUR, 5 Rejab 1440H, Selasa – Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) hari ini membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya berhubung satu video berunsur ugutan, ingin menyimbah asid terhadap menteri berkenaan Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa.


Laporan polis itu dibuat oleh Mohd Fikri Abdul Rahman, wakil daripada pejabat menteri bersama seorang lagi pegawai di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.


Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hasan ketika dihubungi Bernama mengesahkan pihaknya menerima laporan itu.


“Saya sahkan ada terima laporan dan siasatan dibuka mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, iaitu ugutan jenayah,” katanya.


Video berdurasi dua minit 39 saat itu dimuat naik di media sosial oleh pengguna akaun Facebook, Otai Daulat 812, Rabu lepas.


Ancam Simbah Asid Kepada Mujahid : Laporan Polis Dibuat.Pejabat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) hari ini membuat laporan di Balai Polis Putrajaya ke atas satu video yang tersebar di kalangan pengguna media sosial.Video yang tersebar itu memaparkan perbualan empat individu yang sedang berbual-bual. Walau bagaimanapun perbincangan itu secara secara jelas memburuk-burukkan Mujahid yang diakhiri dengan seruan supaya Mujahid disimbah asid.“Seruan ini adalah sangat merbahaya kerana ianya menganjurkan suatu perbuatan jenayah serius yang boleh mendatangkan kecederaan malah boleh membawa maut, malah video itu sendiri mengandungi berita tidak benar dan fitnah selain ancaman serius kepada Menteri” Ujar Pegawai Khas kepada Mujahid yang enggan mendedahkan namanya atas faktor keselamatan.Beliau juga meminta agar semua pihak berhenti menggunakan fitnah untuk mengganggu kestabilan politik Negara dan mendesak agar pihak polis dan SKMM bertindak tegas mengekang fitnah dan perbuatan hasutan yang sudah terlalu berleluasa di media sosial.Mengikut seksyen 506 Kanun Keseksaan, ugutan untuk mendatangkan kecederaan serius boleh dihukum dengan 7 tahun penjara.

Posted by Otai BERSIH on Isnin, 11 Mac 2019


Mohd Fikri dalam kenyataan semalam berkata, video itu memaparkan satu sesi perbincangan antara empat individu yang antara lainnya menjadikan Mujahid sebagai topik perbincangan yang diakhiri dengan seruan supaya menteri itu disimbah asid.


“Seruan ini adalah sangat berbahaya kerana ia menganjurkan suatu perbuatan jenayah serius yang boleh mendatangkan kecederaan, malah boleh membawa maut, malah video itu sendiri mengandungi berita tidak benar dan fitnah selain ancaman serius kepada menteri,” katanya.


Sehubungan itu, Fikri mendesak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak tegas mengekang fitnah dan perbuatan hasutan yang berleluasa di media sosial. – Bernama


The post Polis terima aduan video ‘ugut’ simbah Mujahid dengan asid appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop