Expired : 18.06.18

Poskad Berusia 101 Tahun Ditemui Dalam Botol


Sekumpulan nelayan dari Heikendorf di utara Jerman menemui surat dalam botol berusia 101 tahun.

Menurut Konrad Fischer, antara isi poskad dari Denmark yang dihantar menggunakan dua keping setem Jerman itu meminta mereka yang menemui botol terbabit untuk menghantar ia semula ke alamat di Berlin.

"Saya berasa sangat teruja apabila melihat tarikh yang terdapat pada poskad itu,"katanya menurut laporan DailyMail.

Difahamkan, pengirim botol itu, Richard Platz menulis nota tersebut pada 17 Mei 1913, setahun sebelum tercetusnya Perang Dunia Pertama.




Norlida Ishak Shop