Expired : 18.06.18

Potong gaji, ahli MMK Pahang mahu bantu rakyat

BANGI, 30 Rejab 1441H, Rabu – Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pahang bersetuju membuat potongan 10 peratus daripada gaji ahli-ahlinya selama tiga bulan, susulan penularan wabak COVID-19.


Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam satu kenyataan berkata, potongan berkenaan akan dilakukan bermula April hingga Jun depan.


“Dengan potongan ini akan disumbangkan sepenuhnya kepada Tabung COVID-19 Pahang yang telah kerajaan negeri wujudkan,” katanya hari ini.


Pada masa sama, Wan Rosdy berkata, keputusan itu diambil berikutan rasa bertanggungjawab dan tanda simpati ahli-ahli MMK terhadap rakyat daripada pelbagai latar belakang kaum, usia dan kerjaya yang terkesan akibat COVID-19.


“Semoga dengan pemotongan serta sumbangan kepada Tabung COVID-19 Pahang akan mendorong lebih banyak pihak untuk tampil dan turut menyumbang kepada tabung ini. Insya-Allah,” katanya.


The post Potong gaji, ahli MMK Pahang mahu bantu rakyat appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.