Expired : 18.06.18

Potong gaji jika United gagal ke Liga Juara-Juara




GAJI bintang Manchester United bakal dipotong 25 peratus jika mereka terlepas slot kelayakan Liga Juara-Juara musim depan dan ini mencerahkan peluang Real Madrid untuk mendapatkan pemain tengah Paul Pogba ke Santiago Bernabeu pada jendela perpindahan musim panas.


United kini di tangga keenam Liga Perdana dan berdepan cabaran getir menentang Barcelona di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara.


Real sudah pasti mahu memancing pemain United jika mereka gagal layak dengan Pogba menjadi sasaran utama apabila Zinedine Zidane tanpa bersembunyi menyatakan mahu bekerja dengan rakan senegaranya itu.


Kontrak pemain berusia 26 tahun itu bersama United tamat dua tahun lagi dengan gaji £300,000 (RM1.64 juta) seminggu.


Pengurangan gaji itu bagi melindungi kerugian dari segi kewangan kesan daripada kegagalan layak ke Liga Juara-Juara.





Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 April 2019 @ 12:31 AM



Norlida Ishak Shop