Expired : 18.06.18

Potongan PTPTN bila gaji cecah RM2,000

KUALA LUMPUR, 19 Rabiulawal 1440H, Selasa – Kabinet memutuskan potongan gaji bagi pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan dibuat sebaik gaji peminjam mencecah RM2,000 sebulan.


Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Jemaah Menteri, 23 November lalu.


“Kabinet memutuskan potongan gaji ke atas peminjam PTPTN pada kadar dua peratus atau RM40 sebaik gaji mereka mencecah RM2,000.


“Potongan akan meningkat secara progresif sehingga 15 peratus mengikut jumlah gaji peminjam,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.



Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen DAP- Ipoh Timur, Wong Kah Woh mengenai pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN untuk pelajar separuh masa yang mendapat keputusan kelas pertama.


Sementara itu, mengulas berkenaan janji manifesto bayaran balik sehingga gaji graduan mencapai RM4,000, Nie Ching berkata, kerajaan akan menimbangkan semula perkara itu, selepas kewangan negara menjadi stabil.


Norlida Ishak Shop