Expired : 18.06.18

PowerBeats Pro Akan Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM999

Fon telinga nirwayar Powerbeats Pro telah dilancarkan pada April yang lalu pada pasaran terpilih. Tarikh bila ia memasuki pasaran tempatan masih lagi misteri tetapi ia telah disenaraikan di laman Apple Malaysia pada harga RM999 sepasang. Laman hanya menyatakan penghantaran akan bermula pada musim panas. Fon telinga nirwayar ini hadir dengan cip H1 yang memudahkan ia ditambat kepada iPhone , iPad dan Mac.


Ia direka khusus untuk digunakan ketika melakukan aktiviti senaman. Dengan setiap cas ia boleh berfungsi selama 9 jam dengan sekali caj dan sehingga 24 jam dengan pod pengecas yang disertakan. Tidak seperti AirPods, pod pengecas Powerbeats Pro tidak menyokong pengecasan nirwayar. Harga jualan Powerbeats Pro adalah sedikit lebih mahal berbanding AirPods dengan pod pengecas nirwayar yang ditawarkan di Malaysia pada harga RM879 sebelum ini.


Norlida Ishak Shop