Expired : 18.06.18

“Powernya Cakap Mandarin!” – Comelnya Pesanan Khidmat Masyarakat Anak-Anak Ozlynn dan Johan Ni!




Fiza Kamarudin



Hiburan


“Powernya Cakap Mandarin!” – Comelnya Pesanan Khidmat Masyarakat Anak-Anak Ozlynn dan Johan Ni!
Hari ini genap seminggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasa sehingga 31 Mac ini akibat penularan wabak COVID-19.
 
Mematuhi saranan kerajaan, semakin ramai selebriti tempatan tampil memberi nasihat dan peringatan kepada rakyat negara ini.
 
Berbagai cara dilakukan untuk menyuntik kesedaran kepada orang ramai supaya mengambil serius tentang COVID-19.
 
Pasangan pelakon dan pelawak Ozlynn Wati dan Johan tidak ketinggalan untuk membantu kerajaan dalam menyekat rantaian wabak itu.
 
Semalam, Ozlynn telah berkongsi video anak-anaknya Ariq, Sodiq, Haziq dan Chantiq membuat pesanan khidmat masyarakat di laman sosial Instagram (IG)nya.
 
Apa yang menarik perhatian ialah, kefasihan Ariq berbahasa mandarin ketika menyampaikan mesej kesedaran kepada orang ramai.
 
Antara yang ditekankan empat beradik ini ialah tentang langkah pencegahan yang perlu diambil untuk mengelakkan diri dijangkiti COVID-19.