Expired : 18.06.18

PPBM tidak arah ahli buat aduan program Najib di Langkawi

PPBM tidak mengeluarkan arahan supaya anggotanya membuat laporan polis terhadap program Datuk Seri Najib Razak. — Foto oleh Yusof Mat Isa
PPBM tidak mengeluarkan arahan supaya anggotanya membuat laporan polis terhadap program Datuk Seri Najib Razak. — Foto oleh Yusof Mat Isa

LANGKAWI, 2 Feb — Anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membuat lima  laporan polis semalam terhadap program bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak atas kapasiti menjaga ketenteraman serta keamanan pulau peranginan ini.

Menyatakan demikian, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Eddin Syazlee Shith  menegaskan Bersatu tidak mengeluarkan sebarang arahan supaya anggotanya membuat laporan  polis tersebut.


“Saya percaya laporan polis itu dibuat atas kapasiti keselamatan. Kita tidak mahu pulau yang selama ini aman, berlakunya perkara yang tidak baik serta tidak diingini sebab kita melihat banyaknya agenda bersifat provokasi seperti penyebaran berita-berita tidak benar,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa hadir program ramah mesra bersama agensi KKMM di RTM Langkawi, di sini hari ini.


Eddin Syazlee berkata polis perlu menjalankan siasatan dan tinjauan sama ada program tersebut mendapat permit, ada unsur hasutan serta perkauman. — Bernama  


Norlida Ishak Shop