Expired : 18.06.18

PPE DIY = Persediaan untuk mati?

BARU lepas discuss dengan rakan-rakan berkenaan PPE DIY = Personal Protective Equipment Buatan sendiri.


Walaupun kami memuji tindakan staf-staf kesihatan yang dilihat gigih membuat sendiri Personal Protective Equipment dari plastik sampah, kami sangat tidak setuju dengan tindakan berbahaya ini.


Bahasa mudahnya, PPE ini bagaikan baju kebal ’Ironman’ untuk Tony Stark. Pernah tak kita lihat super hero ini pergi lawan musuh tak pakai suit lengkap?


Pernah nampak ’Superman’ lawan musuh pakai spender berlubang?


Ironman kena stab dengan Thanos lepas suit nanotech dia rosak!


Saya sertakan beberapa artikel yang menerangkan bahaya PPE buatan sendiri yang meningkatkan risiko jangkitan kepada staf barisan hadapan kesihatan.


1. Doctors without Borders MSF menyatakan jangkitan staf kesihatan di Itali kebanyakannya disebabkan PPE yang tidak lengkap.


2. Artikel kedua memberi tumpuan kepada cara membuang PPE yang salah (plastik sampah yang berlubang atau terkoyak) boleh menyebabkan jangkitan.


3. Using the wrong respirator / PPE is like wearing nothing at all.


4. WHO menyatakan pihak majikan WAJIB menyediakan PPE yang lengkap kepada semua pekerjanya.


Oleh itu saya menyarankan rakan-rakan supaya berhati-hati dan always think PERSONAL SAFETY FIRST.


Even step 1 BLS or Advance Life support adalah memakai PPE yang lengkap. Kalau tak confirm FAIL test!


Jangan jadi HERO yang Telanjang! Even that 0.1% can be your KRYPTONITE.


Saya menyarankan juga fokus dana kerajaan dan sumbangan-sumbangan NGO disalurkan kepada penyediaan PPE yang lengkap untuk staf kesihatan.


Kami boleh survive tanpa free KFC atau Subway, but we can’t SAVE people without our IRONMAN MACH 5 PPE SUIT!


Dr Anas Mat Asis

Pelajar Pakar Perubatan Dalaman Universiti Teknologi Mara (UiTM)


Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.



The post PPE DIY = Persediaan untuk mati? appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.