Expired : 18.06.18

Pra Musim 2019 | Aksi Casagrande Pikat Melaka United

Keletihan tidak menghalang Anselmo Arruda Da Silva untuk meledak dua gol ketika aksi persahabatan pra musim Melaka bertemu Warrior FC. Aksi yang dipamerkan turut memikat pengurusan Melaka United.

Aksi pertama Anselmo Arruda Sa Silva atau lebih dikenali sebagai Casagrande pada perlawanan persahabatan pra musim 2019  bertemu pasukan dari Singapura, Warrior FC berjaya memikat Melaka United. Casagrande merupakan pemain import yang sedang dalam percubaan bersama Melaka United. 



Biarpun baharu sahaja tiba di bumi Hang Tuah pada Jumaat lepas, Casagrande memberikan aksi terbaik sepanjang perlawanan persahabatan pada Rabu dengan menjaringkan dua gol membantu Melaka United menang selesa 5-1. 


Bagi Ketua Jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan, gandingan Casagrande dan seorang lagi pemain import, Luka Milonovic menampakkan keserasian biarpun mula digandingkan di dalam latihan beberapa hari sebelum perlawanan persahabatan ini. "Ada nampak keserasian mereka, semoga gandingan ini akan semakin mantap", katanya mengulas mutu permainan pemain kelahiran Brazil itu.


"Biarpun baharu tiba di Melaka pada Jumaat dan keletihan, beliau tetap mempunyai sentuhan dan berjaya menjaringkan gol. MUSA membawa Casagrande ke sini atas rekod cemerlang sentuhan pemusnah yang dimiliki dan reputasi sebagai penjaring gol terbanyak ketika bersama pasukan sebelum ini. Maka, kita mengharapkan sentuhan itu juga akan menjadi bersama Melaka United", ulas Timbalan Presiden MUSA, Datuk Wira Mohd Yusoff. Selain itu, beliau juga berharap Ketua Jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan akan menggunakan kelebihan yang ada pada pemain tersebut dalam perlawanan yang akan datang. 


Melaka United akan berangkat ke Vietnam pada khamis untuk tiga aksi persahabatan dan akan kembali ke Melaka untuk bertemu Sarawak pada 21 Januari depan sebagai persiapan menjelang sepak mula Liga Super 2019.


 


Teks: Norfazlinda Alimad / www.gawang.my


Norlida Ishak Shop