Expired : 18.06.18

Pra-Tempah HUAWEI MatePad Pro Sekarang Untuk Dapatkan Hadiah Bernilai Lebih Dari RM1,000

Selepas majlis pelancaran flagship terbaru HUAWEI P40 secara dalam talian di pasaran Malaysia semalam, HUAWEI terus memperkukuhkan rangkaian jenamanya dengan memperkenalkan model tablet terbaru, HUAWEI MatePad Pro.


Bagi kami, HUAWEI MatePad Pro merupakan sesuatu yang diluar jangkaan kerana ciri-ciri yang dimilikinya setanding dengan telefon pintar siri Mate sehingga mendapat gelaran model tablet terbaik dalam dunia Android. Anda ingin jadi yang pertama memilikinya? Anda boleh pra tempah kat sini.



8 sebab anda tidak boleh hidup tanpa HUAWEI MatePad Pro


Huawei-MatePad-Pro-2-780×405


1. Peranti flagship dengan teknologi paling latest!


Berada dalam siri Mate, jadi tidak hairanlah jika HUAWEI MatePad Pro berjaya menjadi model tablet terbaik ketika ini. MatePad Pro merupakan satu-satunya tablet di dunia yang mempunyai Full View HUAWEI dengan skrin 10.8-inci dan paparan 16:10 body ultra nipis. Selain itu, ia turut mempunyai nisbah screen to body tertinggi di dunia pada kadar 90% dengan 4.9mm bezels ultra-sempit di sekitar paparan simetri edge to edge.


Screenshot-2020-04-03-at-5.28.03-PM


HUAWEI MatePad Pro juga merupakan tablet pertama di dunia yang dilengkapi dengan ciri pengecasan berbalik (reverse wireless charging) di mana pengguna boleh menggunakan peranti lain yang menyokong pengecasan. Awesomewei!


2. Nikmati pengalaman baru dengan HUAWEI APP Multiplier


Melakukan pelbagai tugas dalam satu masa merupakan satu kebiasaanya pada masa sekarang. Kadang-kadang sampai terpaksa menggunakan 2 skrin atau 2 peranti dalam satu masa. Ini sebab mengapa HUAWEI memperkenalkan orientasi landskap dengan HUAWEI APP Multiplier pada HUAWEI MatePad Pro.


202002241441114399-630×354


Tidak seperti pecahan skrin tipikal, APP Multiplier adalah satu-satunya ciri dari peranti Android yang menawarkan pecahan skrin pada aplikasi yang sama. Dengan mod landskap, anda boleh memaparkan 2 maklumat yang berbeza pada skrin tablet anda. Paling menarik, kedua-dua skrin ini boleh beroperasi secara serentak dan boleh diselaraskan saiznya dengan menyeret ke kiri atau kanan.


3. Pengalaman interaktif baru dengan HUAWEI Share


Dengan menggunakan teknologi EMU10, HUAWEI Share membolehkan kolaborasi  antara multiskrin. Mempunyai fungsi 2 peranti dalam 1 skrin, ia membolehkan HUAWEI MatePad Prodan telefon pintar HUAWEI anda berkongsi skrin, sekaligus berupaya untuk memindahkan fail dan melihat senarai kenalan dengan lebih jelas di paparan tablet.


Screenshot-2020-04-03-at-5.28.23-PM


Melalui paparan pada skrin tablet, anda boleh mengawal dua skrin dalam satu masa. Manakala, menerusi paparan telefon pintar, anda boleh mengakses tablet dan mengawal papan kekunci, skrin dan bunyi. Ini pastinya mencipta pengalaman baru untuk anda.


4. Tonton drama dan video lucu dengan HUAWEI Video


Memperkenalkan HUAWEI Video, aplikasi baru yang bakal memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi. Aplikasi ini menawarkan hiburan antarabangsa yang meluas untuk anda nikmati. Antaranya, TVB, Mango TV, Kini TV, Daily Motion, Stingray, dimsum, BBC News dan banyak lagi.


Screenshot-2


HUAWEI Video menawarkan lebih 1,000 video yang anda boleh tonton secara serentak pada 2 peranti yang berbeza. Selain itu, anda juga boleh sewa filem sehingga 48 jam melalui aplikasi ini. Menarik, bukan?


Buat pengguna MatePad Pro, anda boleh mendapat akses percuma selama 3 bulan. Bukan itu saja, semua pengguna HUAWEI sedia ada di Malaysia juga boleh menikmati 1 bulan akses premium HUAWEI Video sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Screenshot-2020-04-03-at-5.29.11-PM


Anda jangan risau, platform video dalam talian lain seperti Netflix dan Viu masih boleh dimuat turun dari HUAWEI AppGallery. Untuk akses premium ke Youtube pula, anda boleh ikut prosedur di sini untuk muat turun Youtube Vanced dan nikmati semua kandungan video tanpa gangguan iklan.


5. Ubah gaya kerja anda jadi lebih stylo!


Amalan bekerja dari rumah sudah biasa dipraktikkan di negara luar dan termasuklah Malaysia sejak wabak COVID-19 melanda. Jadikan HUAWEI MatePad Pro sebagai teman kerja dan pelengkap gaya anda.


Screenshot-2020-04-03-at-5.29.40-PM


HUAWEI MatePad Pro mempunyai mod PC yang membolehkan tablet ni menjadi PC hanya dengan menyambungkannya ke papan kekunci magnet pintar. Ditambah pula dengan HUAWEI M-Pensil, memang puaslah anda nak mencatat nota atau menulis pada paparan skrin 10.9.


Dengan ciri-ciri seperti Multi-Window dan APP Multiplier, anda juga boleh multitask dengan mudah sebab boleh buat pecahan skrin. Lagi best bila HUAWEI menawarkan semua pengguna MatePad Pro, cloud storage HUAWEI sebanyak 50GB HUAWEI secara percuma dan ianya sah selama 12 bulan. Tapi, ini siapa cepat dia dapat.


6. Kongsi perspektif baru kehidupan dengan HUAWEI MEETime


huawei-emui-10-1-meetime-620×332


Satu lagi teknologi eksklusif yang diperkenalkan HUAWEI iaitu MEETime. Teknologi ini bakal membuka satu dimensi baru dalam dunia panggilan video. Semasa sedang membuat panggilan video, anda boleh berkongsi skrin untuk membuat nota dan suntingan dalam masa yang sama.


Kalau anda mahu gunakan MEETime, pastikan ada sambungan WiFi atau LTE dan cari sahaja kenalan yang menggunakan fungsi yang sama untuk berhubung.


7. Hampir semua pengguna puas hati!


Image-26_User-satisfaction-630×283


Semasa pelancaran kali pertama di China pada tahun lalu, HUAWEI MatePad Pro telah berjaya memperoleh tahap kepuasaan 100% atau lima bintang dalam kalangan pengguna baru. Ini bukan satu yang mudah untuk sebuah tablet!


8. Pra tempah sekarang dan rebut hadiah bernilai sehingga RM1000*


HUAWEI-MatePad-Pro-for-PR-630×354


Kami ingin share sikit info. Kalau anda buat pra tempahan HUAWEI MatePad Pro hari ini, anda akan menerima pelbagai hadiah best seperti Smart Magnetic Keyboard (bernilai RM499) dan HUAWEI M-Pencil (bernilai RM299)*


* Sementara stok masih ada

Selain tu, kalau anda pra tempah HUAWEI MatePad Pro, anda boleh dapat 3 bulan akses percuma WPS Office Premium. Anda boleh nikmati perkhidmatan yang disediakan secara percuma seperti WPS Cloud storage, templat eksklusif atas talian dan file conversion bagi memenuhi semua keperluan perniagaan, dari memo, spreadsheets dan dokumen kerjasama.


Anda juga boleh menikmati HUAWEI Cloud Storage sehingga 50GB dan 3 bulan akses premium ke HUAWEI Video macam yang kami bagitau seperti di atas tadi.


Jom pra tempah HUAWEI MatePad Pro dan jadi antara yang pertama memilikinya!


Bermula dengan harga RM2399 (8GB RAM + 256GB ROM + edisi WiFi), tablet ini hadir dalam 2 warna iaitu Midnight Grey dan Pearl White. Kami berani jamin anda mesti jatuh cinta punyalah kalau sudah menggunakan HUAWEI MatePad Pro ini.


Screenshot-2020-04-02-at-6.47.12-PM-630×377


Untuk lebih banyak kejutan, anda boleh terokai HUAWEI AppGallery yang menawarkan banyak aplikasi menarik yang tiada di Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai HUAWEI MatePadPro atau produk-produk terbaru keluaran HUAWEI seperti HUAWEI Pro 40 HUAWEI P40 Series, HUAWEI WATCH GT2e, HUAWEI Mate Xs HUAWEI Mate 30 Pro 5G atau HUAWEI Nova 7i terus sahaja ke Facebook HUAWEI.


Apa tunggu lagi? Baca artikel berkaitan produk HUAWEI pada pautan di bawah ini.



HUAWEI Lancarkan Siri Terbaru HUAWEI P40, MatePad Pro & Watch GT 2e. Pra-Tempah Bermula Sekarang!





Huawei Lancarkan Tiga Model Dibawah Siri P40 Secara Rasmi





Huawei Mate XS, Telefon Pintar Boleh Lipat 5G Bakal Ditawarkan Dengan Harga RM11,111