Expired : 18.06.18

Presiden Gerakan didakwa fitnah Maszlee isu guru dari Arab Saudi

BANGI, 15 Rabiulawal 1441H, Selasa – Setiausaha Politik Menteri Pendidikan, Mahmood Kassim hari ini membuat laporan polis terhadap Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Dominic Lau Hoe Chai berhubung kenyataannya yang didakwa memfitnah serta menyebarkan persepsi negatif terhadap menteri pendidikan dan pentadbiran Pakatan Harapan (PH).


Mahmood dalam satu kenyataan berkata, kenyataan Dominic dalam akhbar Sin Chew bertarikh 10 November berkaitan penghantaran guru Arab Saudi ke Malaysia untuk mengajar murid-murid negara ini adalah salah dan menyimpang daripada fakta sebenar yang dilaporkan oleh media.


“Guru-guru Arab Saudi akan dihantar ke Malaysia untuk belajar daripada sistem pendidikan negara melalui Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).


“Mereka akan didedahkan dengan metod pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Mereka bukan diupah untuk mengajar di murid-murid negara kita,” katanya.


Susulan itu, Mahmood menegaskan bahawa memfitnah dengan kesalahan fakta dan penyebaran persepsi negatif sebegini boleh mengganggu gugat hubungan baik antara kedua-dua negara dan membantutkan proses silang pendidikan serta kemajuan negara.


Pada 10 November lepas, Dominic dilaporkan meminta Kementerian Pendidikan memberi penjelasan berhubung program pertukaran guru bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dari Arab Saudi ke negara ini.


Dr Dominic berkata, penjelasan berhubung perkara berkenaan penting kerana ia dilihat agak mengecewakan memandangkan Bahasa Inggeris bukanlah bahasa pertuturan mahu pun bahasa ibunda di Arab Saudi.


Beliau juga mempertikaikan menteri pendidikan yang didakwanya memutuskan untuk membawa masuk guru yang lemah dari Arab Saudi untuk mengajar penuntut di sekolah.


The post Presiden Gerakan didakwa fitnah Maszlee isu guru dari Arab Saudi appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop