Expired : 18.06.18

Presiden Isma dedah diugut batalkan Himpunan 812

Oleh Wartawan Ismaweb.net


KUALA LUMPUR, 30 Rabiulawal 1440H, Sabtu – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Haji Aminuddin Yahya, antara individu yang menjadi penggerak utama Himpunan 812 hari ini, mendedahkan beliau menerima ugutan agar tidak meneruskan himpunan aman itu.


Beliau berkata, pernah satu ketika beliau dihubungi seseorang, yang memberi amaran agar tidak meneruskan hasrat mengadakan perhimpunan.


“Saya diugut. Orang telefon saya 4 pagi, memberitahu saya, warning saya jangan kamu buat perhimpunan ini. Tapi jiwa pejuang, makin diugut makin mara.


“Kita nak kata kepada mereka, kalau kail kamu sejengkal, jangan lautan yang diduga,” katanya berucap pada Himpunan 812 di sini, hari ini.


Dalam ucapan sama, beliau yang juga pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menggesa parti politik konservatif iaitu PAS dan UMNO supaya bersatu demi memelihara agama Islam dan kedaulatan Melayu, yang kini semakin dihakis.


“Kami berbesar hati, pemimpin dua parti politik negara orang Melayu sanggup bersama-sama kita petang ini.


“Hari ini, mereka berada di tempat yang paling ramai sekali. Saya mengucapkan terima kasih, dan saya ingin menyahut cabaran Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Presiden PAS, bahawa kami NGO mendesak, bersatulah, bekerjasamalah wahai parti-parti politik orang Melayu.


“Kami diasak, agama kami dihina, hak orang Melayu diambil sana dan sini,” katanya.


Pada masa sama, Haji Aminuddin turut menyindir sesetengah pemimpin yang disifatkan tidak layak menerajui tampuk pimpinan negara hari ini, termasuk menteri perpaduan yang mengkhianati negara.


“Hari ini kita bukan bicara soal stokin, bukan kita bicara soal kasut. Kita bicara pasal Perlembagaan. Budak sekolah sahaja cerita pasal kasut. Perpuluhan pun tak betul. Titik pun tak betul.


“Kira hutang pun tak betul. Ada menteri tadika, berlari pakai seluar pendek, mandi dalam bath tub. Ini ke menteri yang nak pimpin kita tuan-tuan? Jadi cukuplah, cukuplah kita dengan perangai-perangai, kerenah menteri yang macam ini.


“Menteri perpaduan yang menghina negara di luar, kita nak panggil apa tu? Pengkhianat!,” katanya.



The post Presiden Isma dedah diugut batalkan Himpunan 812 appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop