Expired : 18.06.18

Prihatin Mahu Bantu Adik Ainul Mardhiah, Instafamous Asyraff Mazlan Sanggup Jual Kapak Supreme Yang Viral

Semalam, instafamous yang juga seorang usahawan, Ashraff Mazlan ada memaklumkan mahu menjual kapak ‘rare’ miliknya, Supreme Axe.


Kapak tersebut dan Ashraff pernah menjadi viral pada sambutan Hari Raya Korban lalu apabila bintang Insta itu ada memuat naik foto sedang melapah daging korban menggunakan kapak berkenaan.


Bagaimanapun, ramai netizen yang memuji tindakan Ashraff kerana dia mahu menjual kapak tersebut khusus bagi meringankan beban penderitaan yang dialami bayi malang, Ainul Mardhiah yang menghidap Germs Cell Tumor.


“Sempena hari jumaat yg mulia ni, sy nak jual dan buka bidaan untuk “SUPREME AXE” kesayangan sy. Condition 9/10 sebab guna masa Raya Korban tahun lepas.


“Sy nak start bidaan dgn harga RM10, market dalam Rm800-Rm1000. korang boleh up bid di ruangan komen ni. Esok, 14/4 jam 1pm kita pilih pemenang dengan bidaan tertinggi.


“Btw, 100% hasil lelongan ni sy akan salurkan pada adik Ainul Mardhiah,” tulisnya




Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Ashraff yang disifatkan sebagai prihatin dan peka terhadap musibah yang menimpa orang lain.


Foto: Instagram Ashraff Mazlan


Apa Kata Anda


Norlida Ishak Shop