Expired : 18.06.18

PRK Cameron Highlands: Pertandingan empat penjuru antara PH, BN, dua Bebas

Calon BN Ramli Mohd Noor ketika memfailkan borang penamaan calon PRK Cameron Highlands di SMK Sultan Ahmad Shah, 12 Jan 2019. ― Foto oleh Farhan Najib
Calon BN Ramli Mohd Noor ketika memfailkan borang penamaan calon PRK Cameron Highlands di SMK Sultan Ahmad Shah, 12 Jan 2019. ― Foto oleh Farhan Najib

CAMERON HIGHLANDS, 12 Jan ― Pilihan Raya Kecil parlimen Cameron Highlands menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), dan dua Bebas.

BN diwakili Ramli Mohd Noor, PH pula diwakili M Manogaran, sementara pensyarah kanan Institut Aminuddin Baki Genting Highlands Sallehudin Ab Talib dan aktivis Wong Seng Yee bertanding atas tiket Bebas.


Manakala presiden MyPPP Tan Sri M Kayveas yang sebelum ini mahu bertanding mengumumkan tarik diri dan menyokong calon PH.


“Saya tidak bermusuh dengan rakan-rakan BN tetapi pemimpin tertinggi tidak menghargai kesetiaan saya. Mereka berjanji mahu bagi saya bertanding di Cameron Highlands tetapi sekali lagi kembali kepada cerita lama,” katanya.


Baca seterusnya di Malay Mail.


Norlida Ishak Shop