Expired : 18.06.18

PRK Cameron Highlands: SKMM siasat gambar tular dakwaan politik wang


LIPIS, 7 Jamadilawal 1440H, Ahad – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyiasat dakwaan pemberian wang oleh Pakatan Harapan (PH) seperti yang ditularkan melalui beberapa keping gambar dalam media sosial.


Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith berkata, SKMM memerlukan masa antara lain untuk mengenal pasti pemilik akaun sosial media yang terbabit.


“Setakat sekarang ini, saya masih belum boleh berikan sebarang pengesahan berkenaan sebarang dakwaan dan tanggapan dibuat ramai pihak.


“Beri sedikit masa, kita tunggu sampai dapat maklumat tepat baru kita akan terangkan keadaan sebenar atau kita boleh sahkan itu tak berlaku atau ada pihak-pihak yang cuba ambil kesempatan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke bilik gerakan PH Felda Sungai Koyan 3, di sini, hari ini.


Beberapa keping gambar menunjukkan beberapa individu memakai baju dengan logo PH didakwa mengagihkan wang kepada penduduk Cameron Highlands yang kini dalam tempoh kempen Pilihan Raya Kecil(PRK) mula tular di sosial media sejak pagi tadi.



Eddin Syazlee yang juga Timbalan Ketua Badan Perhubungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan menegaskan bahawa, amalan pemberian wang kepada pengundi bertentangan dengan pegangan PH, menganggap ia satu perbuatan yang tidak ‘gentleman’ dan bermaruah.


“Kita tahu kalau PH sebenarnya nak gunakan kelebihan, kita sudah boleh gunakan jentera-jentera kerajaan seperti dibuat rejim dahulu, tapi ini kita tak buat, apa lagi dalam perkara-perkara membabitkan duit,” katanya.


Beliau yang mengadakan lawatan ke kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Jelai, satu daripada Dun dibawah Parlimen Cameron Highlands turut mengadakan dialog bersama komuniti Orang Asli di Pos Betau dan Pusat Internet Desa Felda Sungai Koyan 3. – Bernama


The post PRK Cameron Highlands: SKMM siasat gambar tular dakwaan politik wang appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop