Expired : 18.06.18

PRK Kimanis: Akibat Tersalah Pilih Kini Rakyat Sabah Menderita – Pengundi

KIMANIS, 6 Jan – Tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis menyaksikan ramai pengundi melahirkan rasa kecewa dan menyesal kerana telah tersalah undi.


Rata-rata pengundi yang ditemui ternyata mahu kembali mengubah tampuk pimpinan kerajaan negeri yang sekarang ini di bawah Parti Warisan bersama Pakatan Harapan (PH)


Bagi Mohran Ali Mohamad, 64, yang merupakan pengundi di Parlimen Kimanis, sejak Barisan Nasional (BN) wujud di Sabah, pelbagai bantuan telah diberikan kepada penduduk di sini.


“Dari dulu hanya BN yang membantu kami orang kampung jadi kami hanya setia kepada BN. Warisan pula hanya pandai janji tapi sudah dekat dua tahun, langsung tidak nampak apa-apa yang ditunaikan,” ujar beliau.


Junainah David Abdullah, 41, yang bakal membuang undi di PDM Batu Enam berkata, kehidupannya semakin tersepit apatah lagi dirinya tidak mempunyai pendapatan tetap.


“Dulu lagi senang, walaupun saya tidak ada pendapatan tetap tapi kehidupan lebih mudah. Bila bertukar kerajaan, kehidupan saya semakin susah sebab harga barang naik. Kali ini saya akan ubah balik dan akan undi BN,” tegasnya.


Demikian juga bagi Joseph Ungi, 25, yang melahirkan rasa kesal kerana telah terpedaya dengan janji-janji PH dan Warisan pada PRU-14 yang lalu.


“Betullah orang cakap, orang tamak selalu rugi dan kini kami rakyat Sabah yang rugi. Kononnya mahu yang lebih baik tapi rupanya BN adalah yang terbaik,” ujarnya penuh kesal. – UMNO ONLINE


Oleh: Azlina Rosdy


Norlida Ishak Shop