Expired : 18.06.18

PRK KIMANIS : PAS BUKTIKAN KOMITMEN PENUH UNTUK KEMENANGAN BN.


PRK Kimanis menyaksikan kerjasama yang erat antara PAS dan UMNO sebagai bukti utuhnya kesatuan Muafakat Nasional di negeri Sabah.


Komitmen yang ditunjukkan PAS sebagai rakan muafakat UMNO tidak dapat dipertikaikan lagi.


Sejak sebelum penamaan calon bermula, jentera PAS sudah mula berkampung di Kimanis bagi memastikan kemenangan BN.


PAS Sabah telah mengerahkan jenteranya dari seluruh negeri untuk hadir ke Kimanis dalam siri kempen 14 hari dan kemuncaknya adalah pada 3 hari terakhir sebelum kempen tamat.



Tuan Aminuddin Aling, Pesuruhjaya PAS Sabah, Dr Aliakbar Gulasan, Setiausaha PAS Sabah, Zulzaim Hilmee Abidin, Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah, Satail Majungkat, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Sabah dan ramai lagi antara pimpinan utama PAS Sabah yang telah bertugas sepenuh masa dalam PRK ini.


Dijadualkan juga, jentera yang bakal bertugas akan berlipat kali ganda pada Hari Pembuangan Undi bagi membantu BN merayu undi termasuk bantuan hal teknikal hari berkenaan.


Malah, pimpinan PAS Pusat dan jentera bantu dari negeri lain termasuk Terengganu, Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Johor dan lain-lain turut sama hadir ke Kimanis bagi mengambil bahagian dalam banyak siri kempen.


Ia dimulakan dengan kehadiran Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada 1 Januari lalu dalam sebuah majlis penerangan Pra PRK di PDM Pimping yang turut dibarisi oleh Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.



Kemudian diikuti beberapa pimpinan utama PAS Pusat dan negeri seperti Dato’ Ust Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS, Dato’ Dr Samsuri Mokhtar, Naib Presiden PAS, Ir Haji Khairil Nizam Khiruddin, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Salleh, Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia dan ramai lagi.


Kehadiran jentera-jentera PAS ini dibiayai sendiri oleh ahli tanpa sebarang bantuan dari parti sebagaimana yang disahkan sendiri oleh Timbalan Presiden PAS, Dato’ Ust Tuan Ibarahim ketika menyampaikan pidato dalam sebuah ceramah kempen PRK.



Walaupun perlu mengeluarkan kos yang besar, ia merupakan rencah dan asam garam dalam perjuangan PAS malah ahli PAS juga ‘sudah masak’ dengan situasi ini.


Disebalik semua itu, sambutan yang ditunjukkan oleh rakyat Kimanis dalam siri kempen yang disertai oleh PAS termasuk ceramah, ‘berdudun’ dan sebagainya amat memberangsangkan.


Ia sekaligus menepis tohmahan yang mengatakan PAS dan UMNO adalah parti pemecah belah sebaliknya sangat diterima oleh rakyat negeri ini.


Sambutan ini juga sekaligus menggambarkan penerimaan positif daripada rakyat Sabah terhadap gagasan Muafakat Nasional yang dikembangkan di bumi bawah bayu ini oleh PAS dan UMNO.



Selain itu, kerjasama politik ini juga mendapat perhatian parti-parti politik tempatan seperti PBS, STAR, SAPP dan STAR sehingga wujudnya idea untuk meluaskan konteks kerjasama politik negeri Sabah yang diberi nama Muafakat Bumiputera.


Sesungguhnya, PRK Kimanis akan memberikan banyak signifikan terhadap lanskap politik negeri Sabah yang penuh warna warni bahkan Malaysia amnya.


Kemenangan BN sudah pasti akan memberi signal kepada Malaysia bahawa perlunya rakyat menumbangkan PH dalam PRU akan datang sekaligus sebagai teguran langsung rakyat terhadap keangkuhan PH mentadbir negara.


Gelombang kemenangan ini yang dimulakan dalam beberapa siri PRK sebelum ini perlu dijadikan sempadan oleh PH untuk mentadbir negara dengan lebih baik.



Ia juga menunjukkan rakyat negeri ini yang sudah mula menerima kesatuan pembangkang baharu yang bakal menggugat kerajaan pimpinan Warisan dalam PRU akan datang.


Malah isu-isu seperti Pas Sementara Sabah (PSS), kenaikan harga barang melampau, kurangnya peluang pekerjaan, Pan Borneo, janji PRU14, kemudahan infrastruktur dan sebagainya perlu diselesaikan oleh PH / Warisan pasca kekalahan sekiranya tidak mahu dihukum rakyat pada PRU akan datang.


Tuntasnya, PAS akan terus berkomitmen untuk bersama UMNO dan parti-parti politik tempatan Sabah selagi ia menguntungkan rakyat secara keseluruhannya.


Ayuh sama-sama kita doakan untuk kemenangan BN dalam PRK Kimanis ini.


Pada malam esok, Datuk Moh akan diisytiharkan sebagai Ahli Parlimen Kimanis yang baharu. Insya’Allah.


Mustaman Bin Mustain,

Ketua Penerangan,

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah.


The post PRK KIMANIS : PAS BUKTIKAN KOMITMEN PENUH UNTUK KEMENANGAN BN. appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).