Expired : 18.06.18

PRK N27 DUN Rantau : Tok Mat Tetap Di Hati Rakyat

Kenyataan Media

PRK N27 DUN Rantau : Tok Mat Tetap Di Hati Rakyat




Tahniah YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan berjaya mengekalkan kerusi DUN Rantau dalam Pilihan Raya Kecil hari ini.


Kemenangan ini adalah manifestasi pilihan rakyat yang ingin menuntut supaya kerajaan menunaikan manifesto yang telah dijanjikan.


Signal rakyat adalah jelas, dengan komposisi pelbagai kaum yang agak seimbang, rakyat tetap membuat pilihan yang bijak.


Tahniah dan terima kasih juga kepada semua pengundi serta jentera PAS khususnya DHPP.


Kehadiran Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang turut berkempen juga menggamit lautan hadirin dengan pidato yang bernas.


Inilah formula penyatuan ummah yang dinantikan rakyat selama ini.


“Islam Memimpin”


Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar

Ketua Pengarah

Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat

13 April 2019


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=414460499111537&substory_index=0&id=230516164172639


The post PRK N27 DUN Rantau : Tok Mat Tetap Di Hati Rakyat appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).


Norlida Ishak Shop