Expired : 18.06.18

PRK Port Dickson: UMNO belum buat keputusan tanding


BANGI, 4 Muharram 1440H, Jumaat – UMNO masih belum membuat sebarang keputusan atau pendirian sama ada akan meletakkan calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, kata Setiausaha Agung, Tan Sri Annuar Musa.


Dalam satu kenyataan hari ini, Annuar berkata, tiada keputusan dibuat setakat ini sehingga Biro Politik UMNO bermesyuarat pada 24 September nanti.


Annuar turut menjangkakan bahawa Barisan Nasional (BN) juga akan mengadakan mesyuarat selepas itu.


“Oleh yang demikian, sebarang kenyataan atau pendapat yang diutarakan oleh mana-mana pemimpin atau ahli UMNO berkaitan PRK PD adalah dianggap pendapat peribadi masing-masing, dan mereka berhak dan tidak dihalang berbuat demikian.


“Pendirian rasmi UMNO hanya akan dikeluarkan oleh ibu pejabat parti atau presiden pada masa difikirkan sesuai,” katanya dalam catatan di Facebook, hari ini.


PKR mengumumkan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di Parlimen P132 Port Dickson, selepas Datuk Danyal Balagopal Abdullah menghantar notis mengosongkan kerusi itu kepada Speaker Dewan Rakyat, Rabu lalu.


Anwar, yang juga bekas timbalan perdana menteri, sebelum ini menyuarakan hasratnya untuk kembali ke Parlimen sebelum sesi seterusnya akan berlangsung iaitu pada bulan hadapan.


PRK itu adalah salah satu langkah pelan peralihan kuasa untuk Anwar menjadi Perdana Menteri seterusnya.


The post PRK Port Dickson: UMNO belum buat keputusan tanding appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop