Expired : 18.06.18

PRK Sandakan : Kesatuan pembangkang gerunkan DAP.


Oleh : Laila Ismail

7 Mei 2019


SANDAKAN : Kesatuan pembangkang yang terdiri daripada PBS, PAS, UMNO, STAR, SAPP, PPRS termasuk USBO dilihat menggerunkan DAP dalam PRK Sandakan.



Ia diterjemahkan dengan sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat Sandakam dalam siri-siri kempen yang dilakukan oleh barisan pembangkang tersebut.


Terbaharu petang tadi dalam satu ceramah di Taman Indah Jaya, dekat sini telah menghimpunkan rakyat pelbagai lapisan umur menyatakan sokongan kepada PBS.



Setiausaha Agung PAS, YB Dato’ Takiyuddin Hassan dalam ceramah tersebut menyatakan bahawa sokongan rakyat terhadap PBS dalam PRK kali ini ikan menambahkan kekuatan pembangkang di parlimen.



“Jika Dap kalah, sekaligus ia merupakan temparan hebat kepada PH yang sudah kalah terlebih dahulu 3 – 0 dalam PRK sebelum ini di Semenanjung Malaysia,” jelas beliau.


“Dap – PH ini banyak bawa keburukan dalam negera daripada kebaikan, rakyat boleh tengok sendiri dalam tempoh setahun ini, jadi mereka perlu diberi peringatan melalui kekalahan ini,” jelasnya lagi.



Ceramah yang mendapat sokongan penduduk setempat itu turut dihadiri oleh Naib Presiden PBS, Datuk Johnny Mositun, Setiausaha Agung PBS, Datuk Jahid Jahim dan Presiden USBO, Tan Sri Pandikar Amin Mulia serta penyokong UMNO yang lain.


The post PRK Sandakan : Kesatuan pembangkang gerunkan DAP. appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).


Norlida Ishak Shop