Expired : 18.06.18

PRK Sungai Kandis : Harap PAS Sedia Beri Laluan Kepada UMNO

11 JULAI: Cadangan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan supaya parti itu bertanding pada PRK Sungai Kandai menggunakan logo UMNO  mendapat sokongan UMNO Selangor.


Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata bahawa perkara tersebut telah diputuskan didalam mesyuarat yang dipengerusikan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tan Sri Noh Omar.



Katanya, mesyuarat secara konsensusnya telah bersetuju untuk meletakkan calon dari UMNO untuk pertandingan di PRK Sungai Kandis, susulan penyandang kerusi berkenaan Mat Shuhaimi Shafiei daripada PKR meninggal dunia akibat kanser limfoma pada 2 Julai lalu.


Bagaimanapun kata Mat Nazari, UMNO berharap PAS bersedia memberi laluan kepada UMNO untuk bertanding satu lawan satu dengan PKR.


Ini susulan kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan sebagai berkata PAS hanya akan meletakkan calon sekiranya berlaku pertandingan satu lawan satu pada PRK itu, ini bagi mengelakkan berlakunya perpecahan undi.


Menurut Mat Nazari, jika kenyataan Takiyuddin diambil kira maka UMNO boleh bersiap sedia untuk berhadapan pertandingan satu lawan satu dengan parti pemerintah sama ada dari PKR mahupun dari PPBM, PAN atau pun daru DAP.


Walaubagaimana pun UMNO Selangor menyerahkan pada pucuk pimpinan parti untuk memutuskan siapa yang layak bertanding.


Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 4 Ogos sebagai hari pengundian manakala hari penamaan calon pada 21 Julai ini.


Pada PRU14, Shuhaimi memperoleh 23,998 undi menewaskan calon BN daripada UMNO, Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518), calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Hanafiah Husin (76).




Sila Tularkan Berita ini:






Like this:


Like Loading...





Share


Norlida Ishak Shop