Expired : 18.06.18

PRK Tanjung Piai: Siapapun Calon, Muafakat BN Tetap Utuh

JOHOR BAHRU, 5 Okt – Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melahirkan keyakinan bahawa semangat Barisan Nasional (BN) akan dikekalkan dalam menentukan siapa calon di Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.


Jelas beliau, sama ada calon tersebut dari UMNO ataupun MCA ia tidak akan merosakkan kemuafakatan yang ada dalam BN.



“Sudah tentunya mesyuarat Barisan Tertinggi BN adalah tempat untuk memuktamadkan siapa calon untuk PRK Tanjung Piai namun kita masih menjalankan kajian lapangan.


“Walaupun siapa calon saya yakin MCA akan berlapang dada sebagaimana MIC berlapang dada semasa PRK Cameron Highlands yang lalu,” ujar beliau kepada media selepas merasmikan Konvensyen UMNO di sini, hari ini.


Tambah beliau, apa yang lebih penting bukanlah soal calon tetapi memastikan BN menang.



Bercakap dalam ucapannya pula Zahid menjelaskan, Konvensyen UMNO adalah sesuatu yang amat penting bagi memberikan tawaran kepada pengundi baru di negeri ini.


“Kita juga harus keluar dari kepompong untuk berikan ‘physycal happiness’ dan menggantikannya dengan ‘spiritual happiness’.


“Kalau dulu Johor dan beberapa negeri lain dianggap sebagai simpanan tetap kepada UMNO dan BN, realitinya rakyat telah difitnah dan dibohongi dan ‘simpanan’ itu telah dicairkan.


“Oleh yang demikian, tanggungjawab kita adalah membina semula simpanan tetap yang baru di negeri Johor dengan kekuatan yang baru,” jelas beliau lagi. – UMNO ONLINE



Norlida Ishak Shop