Expired : 18.06.18

PRK Tg Piai protes terhadap PH

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar


BANGI, 1 Rabiulakhir 1441H, Khamis – Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai pada 16 November lalu adalah manifestasi kepada protes rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH)


Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Prof Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz berkata, ini dapat lihat apabila kebanyakkan pengundi tidak memberi undi kepada calon PH yang bertanding iaitu Karmaine Sardini.


“PRK Tanjung Piai juga adalah satu pilihan apabila kaum Cina memberi undi mereka kepada calon Barisan Nasional (BN),” katanya dalam Wacana Sinar bertajuk Pasca Tanjung Piai: Pilihan atau Protes, malam ini.


PRK Parlimen Tanjung Piai pada 16 November lalu menyaksikan pertandingan enam penjuru susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik akibat komplikasi jantung pada 21 September.


Calon BN, Datuk Seri Wee Jeck Seng memenangi PRK kawasan itu dengan majoriti 15,086 undi.


Ketua MCA Bahagian Tanjung Piai itu memperoleh 25,466 undi daripada 128 saluran undi sehingga penjumlahan tamat, menewaskan pencabar terdekat daripada PH, Karmaine Sardini yang memperoleh 10,380 undi.


Mengulas lanjut, Prof Badhrulhisham berkata, undi yang diperoleh calon BN dari MCA dalam PRK Tanjung Piai disebabkan orang Cina mengira untung rugi bangsa mereka.


Beliau mendedahkan, lapan dari 27 Pusat Daerah Mengundi (PDM) majoriti kaum Cina dan mereka mengundi calon kaum mereka sendiri.


“80 peratus daripada undi orang Cina memihak kepada calon Cina. Mereka memilih setelah mengira untung dan rugi.


“Atas sebab itulah Berjasa bertanding di Tanjung Piai. Apabila kita hantar wakil rakyat ke Parlimen, dia bukan sahaja sebagai wakil rakyat, bahkan pembuat dasar.


“Bayangkan bagaimana seorang wakil rakyat MCA akan mengundi untuk menyokong RUU 355 (Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016) atau memikirkan kembali mengenai sekolah vernakular dan sebagainya,” soalnya.


The post PRK Tg Piai protes terhadap PH appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop