Expired : 18.06.18

Produk kesihatan tidak berdaftar, doktor berang dilayan 'macam penjenayah'

Seorang doktor menyalahkan Kementerian Kesihatan susulan serbuan di pejabatnya. ― Foto Malay Mail
Seorang doktor menyalahkan Kementerian Kesihatan susulan serbuan di pejabatnya. ― Foto Malay Mail

KUALA LUMPUR, 5 Okt ― Seorang doktor sakit puan tidak berpuas hati berikutan pejabatnya diselongkar staf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Rabu.

Dr Hamid Arshat mendakwa serbuan di pejabatnya dekat Bukit Damansara dibuat “tanpa notis, tanpa tujuan jelas dan seolah-oleh dirinya macam penjenayah”.


“Apa salahnya kalau pihak berkuasa hubungi saya dulu dan nyatakan apa kesalahan yang saya buat sebelum menyerbu dan selongkar pejabat saya... 


“Akhir mereka pergi dengan keadaan pejabat kucar kacir dan tidak medapati apa-apa bukti kesalahan saya,” tulis pengamal perubatan di Facebook semalam.


Berada di kliniknya Taman Desa Medical Centre sewaktu serbuan, Dr Hamid terkilan kerana beliau mendakwa pejabat dan kakitangannya “dikasari” staf KKM. 


“Saya rasa amat terkilan dengan layanan dan tindakan kasar kakitangan-kakitangan muda yang semacam gila kuasa,” katanya yang menjadi doktor hampir 50 tahun.


“Kakitangan yang bertindak belum lahir ke dunia lagi, saya telah berkhidmat dengan KKM,” katanya yang berpengalaman lebih 40 tahun dalam bidang perbidanan.


Dalam kenyataan media pada 3 Oktober lalu, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula berkata serbuan terhadap premis itu dibuat kerana mereka disyaki memiliki produk kesihatan tidak berdaftar dengan KKM.


Pengarahnya  Dr Param Jeeeth Singh AL Pakar Singh berkata serbuan dibuat berdasarkan aduan dan ia dilakukan mengikut piawaian operasi dan peruntukan undang-undang.


“Tidak berlaku sebarang kucar-kacir atau kekasaran seperti yang dilaporkan di media sosial,” katanya.


Param berkata siasatan awal mendapati premis itu menjual produk sasaran berdasarkan belian percubaan dan resit bayaran namun didapati tiada lagi ketika pemeriksaan.


“[Bagaimanpun] bahan iklan berbentuk risalah produk tidak berdaftar tersebut telah ditemui di premis terbabit,” katanya.


Beliau berkata premis itu tidak berlesen dengan Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta KKM dan mereka diarah menghentikan operasi sejak 2016.


Norlida Ishak Shop