Expired : 18.06.18

Program Jalinan Kasih PAS Dan Bersatu Kota Melaka : Santuni Masyarakat Sempena Aidilfitri


Oleh: Shawal Ahmad


KOTA MELAKA: Seramai 90 keluarga di DUN Telok Mas dalam Parlimen Kota Melaka terima sumbangan kit bantuan barang makanan pada program ‘Jalinan Kasih’ anjuran Parti Pribumi Bersatu (PPBM) Bahagian Kota Melaka dengan kerjasama Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Kota Melaka di sini semalam.


Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Melaka, Abd Ghapar Abd Wahab berkata, PAS dengan kerjasama mantap pimpinan Bersatu akan memastikan usaha murni ini dapat terus dijalankan bagi memastikan golongan yang memerlukan bantuan turut menikmati keberkatan di bulan yang mulia ini.



“Bantuan barang makanan itu diagihkan kepada penduduk setempat yang terjejas termasuk terputus bekalan makanan disebabkan ketiadaan wang, diberhentikan kerja atau tidak menerima gaji berikutan wabak COVID-19.


“Keutamaan diberikan kepada golongan asnaf terutama golongan Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas, ibu tunggal, anak yatim dan fakir miskin namun penduduk setempat yang keputusan makanan berikutan ketiadaan wang juga turut dibantu.



“Bagi penduduk setempat yang terputus bekalan makanan dan memerlukan bantuan segera, maklumkan kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), ketua kampung atau penghulu di kawasan masing-masing bagi membolehkan bantuan segera diberikan.


“Insya-Allah, kami akan terus membantu mereka mendapatkan bekalan makanan sepanjang PKP ini supaya tiada keluarga yang keputusan makanan, ” ujar beliau.


Hadir sama Pemangku Ketua Muslimat PAS Kota Melaka, Rohani Hasan, Ketua Pemuda PAS Kota Melaka, Zulhilmi Suboh, Ketua Dewan Ulama PAS Kota Melaka, Ustaz Sudin Nooh, Ketua Bahagian PPBM Kota Melaka, Hishamuddin Abdul Karim Ketua Srikandi PPBM Kota Melaka, Nor Hafiza Md Nor dan Ketua Armada PPBM Kota Melaka, Muhd Arib A.Kasim.





Wartawan Rakyat Melaka (WARM)

The post Program Jalinan Kasih PAS Dan Bersatu Kota Melaka : Santuni Masyarakat Sempena Aidilfitri appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).