Expired : 18.06.18

Projek Rapid terbakar: Pengerang Johor alami gegaran, letupan

Gegaran kuat dirasai sekitar Pengerang Johor pagi tadi berikutan kebakaran dan letupan di tapak projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di awal pagi tadi.


Kejadian itu dipercayai berlaku sekitar pukul 1.30 pagi.


Difahamkan, sekurang-kurangnya dua pengawal keselamatan cedera dalam kejadian itu.


“Pasukan Kecemasan dan Kebakaran kami dikerahkan dan api dapat dikawal dalam 30 minit. Keadaan ketika ini terkawal dan semua pihak berkuasa berkaitan sudah dimaklumkan.


“Kami akan berikan maklumat tambahan sementara siasatan sedang dijalankan,” kata Petronas dalam satu kenyataan hari ini.


Laporan media mengatakan kebakaran dan letupan berkenaan kemungkinan disebabkan oleh kebocoran tangki gas.


Pengguna media sosial mendakwa merasakan gegaran akibat letupan di Pasir Gudang yang terletak kira-kira 80 kilometer perjalanan menaiki kereta.






Sebuah kilang petrokimia bagi pembangunan hab industri minyak dan gas penapis di Pengerang, Johor dilaporkan meletup dan terbakar jam 1.28 pagi Jumaat.12/4/2019


Posted by Kasi Viral on Khamis, 11 April 2019







Rakaman Kebakaran & Letupan di Rapid Pengerang#prayforpengerangcredit owner


Posted by MEDIA JOHOR on Khamis, 11 April 2019



The post Projek Rapid terbakar: Pengerang Johor alami gegaran, letupan appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop