Expired : 18.06.18

ProtonMail Dalam Perbincangan Untuk Menyertakannya Pada Peranti Huawei – Ganti GMail?

Huawei telah pun bersedia dengan beberapa alternatif sekiranya mereka dihalang daripada menggunakan Android. Antaranya adalah mereka telah pun bersedia dengan sistem operasi tersendiri dinamakan HarmonyOS, selain turut bersedia dengan penawaran kedai aplikasi tersendiri serta perkhidmatan pemetaan tersendiri.


Terkini, menurut Bloomberg, ProtonMail, salah satu perkhidmatan emel yang memfokuskan kepada penyulitan dan privasi turut dikatakan sedang dalam perbincangan bersama pihak Huawei untuk menyertakannya pada peranti keluaran Huawei.


Terdapat kemungkinan yang mana ProtonMail hadir terbina, atau mungkin turut ditawarkan melalui kedai aplikasi AppGallery. Melalui perkongsian pihak ProtonMail sendiri, mereka mengatakan sedang melihat kepada beberapa kaedah penawaran lain selain daripada Play Store dan AppStore.


Untuk pihak Huawei sendiri, ini juga mungkin menjadikan ia sebagai salah satu alternatif berbanding perkhidmatan GMail – sekiranya mereka tidak dibenarkan menggunakan perkhidmatan Google pada peranti keluaran mereka.


Huawei sedia menjadualkan pengenalan Huawei Mate 30 pada 19 November kelak, dimana kita dijangka mendengar lanjut mengenai penawaran sistem operasi pada peranti berkenaan – sama ada Android atau sebaliknya.


Norlida Ishak Shop