Expired : 18.06.18

Provokasi yang melampau



1. PAGE ini meletakkan ilustrasi seorang lelaki yang seakan Nabi Muhammad yang berimaginasi terhadap isteri anak angkat Baginda ketika itu iaitu Zainab binti Jahsy.

(Link post: https://www.facebook.com/411855912322709/posts/1071126426395651/)


2. Riwayat berhubung perkahwinan Zainab dengan Rasulullah banyak dicemari dengan riwayat yang lemah. Perkara ini ditegaskan oleh al-Imam Ibn Kathir yang menyebutkan:


ذَكَرَ ابنُ جرير، وابنُ أبي حاتم هَاهُنَا آثاراً عن بعض السلف، رضي الله عنهم، أحببنا أنْ نَضْرِبَ عنها صَفْحاً لعدم صحتها فلا نُورِدُهَا


“(Kisah ini diriwayatkan oleh) al-Imam Ibn Jarir al-Tabari dan Ibn Abi Hatim dengan beberapa athar (riwayat) daripada beberapa salafussoleh. Kami lebih suka untuk meninggalkan beberapa helaian muka ini kerana kandungannya yang tidak sahih, maka kami tinggalkannya.” (Tafsir Ibn Kathir).


3. Begitu juga Sheikh al-Shanqiti menerangkan bahawa riwayat-riwayat berhubung perkahwinan Rasulullah dengan Zainab banyak yang tidak benar:


{ كُلُّ هذه الروايات التي تقول أن زينب وقعت في قلبه عليه الصلاة والسلام لا صِحَّةَ لها }

“Semua riwayat berhubung perkara yang mengatakan bahawa Zainab telah berada di hati Rasulullah adalah riwayat yang tidak sahih.” (Adwa al-Bayan fi Tafsir al-Quran).


4. Sehubungan dengan itu, penyebaran kisah ini melalui riwayat yang salah hanya akan mengelirukan umat Islam. Malah apabila ditambah dengan ilustrasi yang melampau, perkara ini dilihat sebagai provokasi yang tidak beradab kepada Rasulullah.


5. Adalah wajar sekiranya Muslim menasihati page ini agar menurunkan maklumat yang salah ini. Sekiranya tidak, report terhadap page ini mesti dibuat sebagai bantahan menyebarkan maklumat yang salah bersifat provokasi buat umat Islam.


Dr Ahmad Sanusi Azmi

Oxford Centre for Islamic Studies


The post Provokasi yang melampau appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop