Expired : 18.06.18

PRU14: Idris Ahmad kekal tanding di Bukit Gantang


BANGI, 1 Syaaban 1439H, Selasa – Naib Presiden PAS, Idris Ahmad bakal mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.


Perkara itu diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap dalam himpunan Gelombang Hijau Perak PRU14 di Seri Iskandar, malam tadi.


Pada PRU13 lalu, Idris Ahmad berjaya memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang selepas memperoleh 30,563 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian dengan majoriti 986 undi.


Selain Idris Ahmad, Abdul Hadi turut mengumumkan tiga lagi calon yang akan bertanding di Perak iaitu Pesuruhjaya PAS Perak yang juga Bendahari Pusat, Razman Zakaria, AJK Pas Pusat, Dr. Najihatussalehah Ahmad dan Ata Abdul Munim Hasan Adli.


PAS mempertaruhkan Razman di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gunung Semanggol, Dr Najihatussalehah di Parlimen Parit dan Ata Abdul Munim di Bagan Datuk.



The post PRU14: Idris Ahmad kekal tanding di Bukit Gantang appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop