Expired : 18.06.18

PTPTN: 3 Adun DAP tolak skim potongan gaji berjadual


BANGI, 28 Rabiulawal 1440H, Khamis – Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada parti tamak haloba, DAP menolak dasar baharu pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), menerusi skim potongan gaji berjadual (PGB).


Tiga wakil rakyat berkenaan adalah Adun Dusun Tua, Edry Faizal Eddy Yusof; Adun Ketari, Young Syefura Othman; dan Adun Kampung Tunku, Lim Yi Wei.


Dalam satu kenyataan bersama, tiga Adun berkenaan menyifatkan skim baharu itu hanya bersandarkan kepada gaji tanpa mengambil kira komitmen lain yang perlu ditanggung peminjam.


“Kadar yang diperkenalkan itu hanya bersandarkan kepada gaji semata-mata. Skim PGB ini tidak mengambilkira komitmen lain peminjam antaranya potongan KWSP, pinjaman perumahan, pinjaman kereta dan kos pendidikan anak-anak dan lain-lain,” katanya.



Mereka berkata, kebanyakan peminjam menetap di bandar dan berada dalam kelompok M40, yang mana tidak mendapat subsidi bersasar serta terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi.


Katanya, dasar yang diumumkan kelmarin oleh Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan juga telah menimbulkan pelbagai reaksi negatif dalam kalangan anak muda dan peminjam.


“Skim PGB ini bakal mengurangkan pendapatan boleh guna (disposable income) mereka dan membawa malapetakan kepada kewangan mereka.


“Skim PGB ini secara langsung mengganggu pelan pembayaran PTPTN sedia ada dan bakal membebankan mereka yang patuh membayar PTPTN secara konsisten selama ini,” katanya.


Tiga Adun itu berkata, skim berkenaan jelas bermasalah dan perlu dikaji semula dengan mengambil kira faktor-faktor lain supaya tidak menghukum peminjam yang patuh membayar pinjaman kepada PTPTN.


“Kadar pembayaran sebanyak 5 peratus ke atas adalah terlalu tinggi dan bakal membebankan pembayar. Kumpulan gaji yang ditetapkan juga terlalu sempit.


“Setelah menjanjikan penangguhan bayaran PTPTN bagi yang berpendapatan RM4000 ke bawah di dalam Manifesto Pakatan Harapan, golongan ini sepatutnya sekurang-kurangnya dikenakan kadar bayaran balik yang lebih rendah sebanyak 2 peratus,” katanya.


Katanya, PTPTN bukanlah seperti pinjaman lain dan ia perlu diambil oleh pelajar yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pengajian di peringkat universiti.


“Pinjaman PTPTN bukanlah satu pilihan, tetapi satu keperluan. Kami mendesak PTPTN mengkaji semula keseluruhan skim PGB ini agar ia lebih komprehensif dan tidak membebankan anak muda dan golongan M40.


“Kami menyeru pertimbangan wajar dari Pengerusi PTPTN untuk mengambil langkah segera untuk menangguhkan skim ini dan berbincang dengan pemegang-pemegang taruh sebelum mengumumkan polisi baru yang lebih adil,” katanya.


Dalam pengumuman yang dibuat Wan Saiful semalam, peminjam yang berpendapatan RM8,000 sebulan harus membayar sekurang-kurangnya RM1,200 sebulan atau bersamaan 15 peratus daripada pendapatan.


Pihaknya turut mengenakan kadar pembayaran serendah RM40 sebulan dengan gaji minimum RM2,000 sebulan.


The post PTPTN: 3 Adun DAP tolak skim potongan gaji berjadual appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop