Expired : 18.06.18

Pukki lakar sejarah Finland

PENYERANG Finland, Teemu Pukki meledak dua gol membantu kemenangan 3-0 ke atas Liechtenstein untuk menempah tempat ke Euro 2020 sekali gus layak ke pusingan akhir kejohanan utama buat julung kali.


Kemenangan itu menyaksikan mereka muncul naib juara Kumpulan J dengan 18 mata, sembilan mata di belakang juara kumpulan Itali, yang menewaskan Bosnia-Herzegovina 3-0.


Liechtenstein berjaya mengekang asakan tuan rumah hinggalah minit ke-21 apabila Pukki meluru di bahagian tengah. Dia kehilangan bola namun Jasse Tuominen memyambut bola itu dan merembat masuk bagi gol pembukaan.


Pukki mengesahkan tempat Finland ke pusingan akhir tahun depan selepas Pyry Soiri dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Livio Meier. Dia tenang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-64 bagi gol kelapannya pada kempen kelayakan.


PUKKI menyempurnakan sepakan penalti pada babak kedua. — FOTO Reuters



Dia melengkapkan satu persembahan individu mengagumkan dengan gol keduanya 11 minit kemudian, merampas bola sebelum menggelecek penjaga gol. Sekalipun pertahanan Andreas Malin menampan percubaan awalnya, Pukki merembat masuk bola muntah.


“Saya tak tahu nak kata apa-apa. Saya tidak pernah gementar sebegini sebelum satu perlawanan tapi saya mengalaminya hari ini,” kata Pukki ketika penyokong menyerbu padang untuk meraikan kejayaan itu.


Ketika bunga api dan mercun dibakar di sekitar stadium, jurulatih Markku Kanerva memuji pemainnya berikutan kempen cemerlang mereka.


“Satu usaha fantastik oleh pemain. Saya terlalu bangga, ia satu perjalanan menakjubkan yang terlalu bermakna buat rakyat Finland,” katanya.


Norlida Ishak Shop