Expired : 18.06.18

Pulau Pinang Ingin Menjadi Negeri Pertama Dengan Sokongan Penuh Internet Gigabit

Malaysia kini boleh dikatakan sedang bergerak terus untuk memastikan semua negeri-negerinya mempunyai sokongan sambungan internet yang pantas, tetapi nampaknya Pulau Pinang dilihat mara selangkah lebih jauh, dan ingin memastikan negeri tersebut mempunyai sokongan internet gigabit secara menyeluruh.


Melalui laporan Malay Mail, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir, Zairil Khir Johari berkata bahawa mereka mempunyai rangka kerja yang dinamakan Penang Connectivity Master Plan (PCMP) untuk membolehkan kerajaan negeri untuk bekerjasama dengan pelbagai syarikat telekomunikasi tempatan dengan lebih mudah dan cekap.


Menurut Zairil lagi, walaupun liputan 3G dan 4G di Pulau Pinang berada di tahap 100 peratus dan 97.7 peratus, mereka tidak ingin berpuas hati di situ sahaja, dan ingin memastikan bahawa mereka kekal sebagai negeri dengan sambungan internet terpantas dan liputan yang paling luas di Malaysia.


Melalui PCMP ini, kerajaan negeri Pulau Pinang bukan sahaja ingin hadir dengan sambungan internet yang pantas untuk pengguna di rumah, tetapi juga untuk memastikan syarikat-syarikat yang bertapak disana untuk memaksimakan produktiviti dan mengguna teknologi-teknologi seperti automasi dan kecerdasan buatan melalui IR4.0 (Revolusi Perindustrian 4.0).


Baru-baru ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dikatakan telah mempengerusikan satu mesyuarat dengan tujuh syarikat telekomunikasi tempatan dan juga pengerusi Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia, Al-Ishsal Ishak untuk perbincangan awal mengenai PCMP.


Dalam pada itu, kerajaan Pulau Pinang juga dilihat menyasarkan jangkamasa dua tahun untuk memastikan negeri tersebut bersedia untuk menerima sokongan sambungan internet melalui 5G. Buat masa ini, negeri tersebut sudahpun hadir dengan beberapa ujian sambungan internet pantas seperti Terragraph baru-baru ini.


Norlida Ishak Shop