Expired : 18.06.18

Punca Letupaan Di City One Megamall Kuching Didedahkan. Rakaman Selepas Letupaan Menjadi Tular

KUCHING: Tiga lelaki ma ut manakala tujuh yang lain kritikal dalam insiden runtuhan bangunan disebabkan l3tupan gas di sebuah pusat beli belah di Kuching petang tadi.


Letu pan yang berlaku di CityONE Megamall di Kuching kira-kira jam 3.30 petang Selasa itu turut mencederakan 25 yang lain.


Pengarah Operasi Bomba dan dan Penyelamat, Tiong Ling Hii berkata dua daripada mangsa cedera itu masih terperangkap di dalam runtuhan bangunan, lapor Bernama.


“Kesemua mangsa lain yang cedera telah dikejarkan ke hospital umum untuk mendapatkan rawatan lanjut,” kata Ling Hii.


KENYATAAN DARI PIHAK CITY ONE MEGAMALL



PUNCA LETUUPAN DIDEDAHKAN


Beliau berkata runtuhan bangunan itu berpunca daripada letu pan gas dipercayai dari salah sebuah kedai makan di pusat beli belah itu.


Mangsa dipercayai pekerja pembinaan yang sedang mengubah suai dapur sebuah premis di medan selera yang masih belum dibuka serta kakitangan kompleks tersebut.


Identiti kesemua mangsa yang ma ut walau bagaimanapun belum dapat dipastikan.


Sementara itu, CityONE Megamall dalam posting terbaharu di Facebook rasminya memaklumkan pusat beli belah itu ditutup serta-merta kepada pengunjung hingga diberitahu kelak.


Video Cemas Selepas L3tupan Berlaku Di City One Megamall 



Tiga mayat mangsa l3tupan di Pusat Beli Belah CityOne Megamall Kuching dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat



Semoga semua dipermudahkan. Innallilah dan Salam Takziah kepada keluarga mangsa.


Sumber: Astro Awani by klviral


Norlida Ishak Shop