Expired : 18.06.18

Pusat Beli-Belah 1 Utama Melancarkan Platform Edagang Dan Dompet Digital Untuk Transaksi Nirtunai

1 Utama merupakan salah satu pusat membeli-belah yang popular di Lembah Klang. Hari ini, mereka menjadi antara yang terawal di Malaysia untuk melancarkan platform edagang tersendiri dinamakan OneShop, selain pada masa yang sama turut melancarkan dompet digital mereka dinamakan 1Pay.


Melalui OneShop, ia menawarkan laman setempat untuk para penyewa di 1 Utama menawarkan produk mereka – sekaligus membolehkan sesiapa sahaja dari Malaysia untuk membeli penawaran mereka, dan dihantar terus ke rumah tanpa perlu ke pusat beli-belah berkenaan.


Sementara 1Pay pula merupakan dompet digital yang turut menawarkan kemudahan untuk pengguna bukan sahaja membayar menggunakan imbasan kod QR, tetapi turut membolehkan pengguna menjana mata ganjaran OneCard.


1Pay juga akan boleh digunakan di beberapa lokasi terpilih sekitar Bandar Utama, termasuk di One World Hotel, Centrepoint dan juga The Club.


Bagi anda yang sering ke pusat beli-belah ini, mungkin boleh mencuba sendiri dompet digital mereka, selain turut mencuba platform atas-talian mereka hari ini.


Layari : OneShop


Layari : 1Pay


Norlida Ishak Shop